Salam perjuangan

Salam perjuangan

HATI

Dalam salah satu haditsnya, Rasulullah SAW pernah bersabda sebagai berikut: “Menjadi bersihlah kamu, karena sesungguhnya Islam itu bersih.” (HR. Ibnu Hiban)

UJIAN-MU

Brngsiapa diuji lalu bersabar, dberi lalu bersyukur, dzalimi lalu memaafkan dn mnzalimi lalu bristighfar maka bg mreka kselamatan dn mreka trgolong org2 yg memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)

JALAN-MU

Bukti cinta yang kukuh kepada Allah dan Rasul-Nya ialah berjihad, Maka berjihadlah dengan harta dan nyawamu

MILIK-MU

Ya Allah KAU hampirikanlah diriku ini kepada-Mu,Ya Allah sesungguhnya hidup matiku hanya untuk-Mu, Inginku capai cinta dan redha-Mu Ya Allah(^___^).

SYURGA-MU

Ya Allah, kekuasaan-Mu tiada tandingan mana2 makhluk-Mu, Engkau jadikan siang untuk hamba-Mu mencari rezeki-Mu, Engkau jadikan malam untuk hamba-Mu beribadat kepada-Mu..(^___^)

^^

Photobucket

Recent Posts

P.Z.R

smile

Bendera Rasululullah SAW

smile

Beberapa helai rambut Rasulullah SAW

smile

Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta

smile

Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta

smile

;"> Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta

smile

Cap surat Nabi SAW

smile

Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.

smile

Busur Panah Nabi SAW

smile

Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW

smile

Peninggalan gigi dan rambut Nabi..

smile

Jejak Kaki Rasulullah SAW

smile

Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW

smile

Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah

smile

Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan

smile

Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7

smile

Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius

smile

Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir

smile

Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW

smile

Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya

smile

. Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya ...

smile

. Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya ...

smile

Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelas

smile

Kunci Ka’bah Masa Nabi Muhammad SAW

smile

Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi

smile

PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW

smile

Keranda dan makam Nabi panutan alam, Nabi Muhammad SAW

smile

Beberapa helai rambut Rasulullah SAW

smile

Wadah Kotak Gigi Rasulullah SAW

smile

Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW

smile

Jejak Kaki Rasulullah SAW

smile

Bagian dari baju gamis Nabi SAW yang sudah sobek

smile

Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek

smile

.

Topi Besi Rasulullah SAW

smile

the_clothers__staff_of_prophet_muhammad.jpg



Tuesday, April 3, 2012

Ulama perlu ikuti isu semasa seperti Allahyarham Syeikh Zaki Ibrahim


Cuba lihat gambar ini terlebih dahulu, apa yang anda faham ? Gambar di atas adalh Gambar Arif Billah Syeikh Zaki Ibrahim al-Misri..


Dalam foto di atas menceritakan secebis daripada rutin kehidupan beliau. Jika diperhatikan jam di dinding sudah menunjukkan pukul 9. 20 pagi, dalam musim dingin yang sejuknya menggigit kulit. Kerana itu beliau memakai pakaian tebal bagi musim sejuk. Ia adalah suatu rutin biasa waktu bagi beliau membaca surat khabar, namun disebabkan matanya sudah kabur dan usianya yang lanjut beliau terpaksa menggunakan kanta pembesar bagi memudahkannya membaca. Penglihatan beliau terjejas tentunya disebabkan antara lain oleh kerja-kerja menulis dan menelaah yang banyak dilakukan oleh beliau sejak dari usia muda lagi. Bersebelahan katilnya terletak rak kitab-kitab bagi memudahkan beliau mencapai mana-mana kitab yang ingin ditelaahnya, atau membelek dokumen-dokumen penting. Rak tersebut juga dibuat tinggi sebagai memelihara adab terhadap kitab serta memuliakannya. Dipenjuru katil pula tersangkut di atas kaki katil seutas tasbih yang digunakan oleh beliau untuk berzikir kepada Allah SWT, kerana menjadi rutin kebiasaan beliau berzikir selepas dari solat subuh sehinggalah ke waktu syuruk.

Itu kehidupan ulama.

Friday, January 27, 2012

Devotees Berjalan Tanpa Henti



Ni antara salah satu lagu kegemaran ana...Fuhh...best jugak...Video tak ade sebab malaih nak upload...:D...Tengok lirik saja la noh...hehe

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti

Bila dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
Pada-Nya yang kuasa di kau berserah

Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

Kau dah temu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya yang kuasa dikau berserah

Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

Hanya ENGKAU Di Hatiku


Ingin kugapai cinta-Nya



Cinta yang tak pernah mengecewakan diri ini


Ingin kugapai redha-Nya


Walau apa jua cara sekalipun...



Amin Ya Rabbal Alamin...

Friday, December 23, 2011

Kehadiran Syeikh Nursalam Al Hafiz dari Indonesia



Assalamusalaikum...
Kali ini post nak cerita mengenai seorang Hafiz daripada Indonesia bersama dengan dua orang anak muridnya...Bukan calang2 orang dua orang anak muridnya...walaupun baru berusia 10 dan 12 tahun...Subhanallah!kelebihan Tuhan berikan kepada kedua2 orang anak muridnya itu untuk menghafal Al Quran...
Majlis ini berlangsung pada 23/12/2011...hmm...semalam...di Surau Perwaja...Pelbagai program yang besar bakal berlangsung di situ pada 1/1/2012 iaitu Ijtima' Ulama Thurath..Program ini akan dihadiri oleh berpuluh2 ulama2 besar serta ulama2 muda dari seluruh pelosok negeri Kedah Darul Aman...Jadi sesiapa yang teringin nak pi tu boleh la mai...



Kita sambung balik...Program semalam tu terbahagi dua...Pada sesi pertama merupakan ceramah yang disampaikan oleh Syeikh Nursalam Al Hafiz dan pada sesi kedua iaitu sesi soal jawab bersama salah seorang anak muridnya iaitu Adik Naim Fathaillah yang berusia 10 Tahun...Adik ni merupakan anak yatim iaitu kematian ayahnya...Ketabahan yang adik Naim hadapi begitu tenang sekali...



Semasa solat pula diimami oleh salah seorang lagi anak muridnya yang berusia 12 Tahun...Ya Allah, Tuhan sahaja yang mengetahui kemerduan suara yang dikurniakan oleh-Nya...Kalau korang semua nak tahu suara adik ni macam sapa cuba bukak Youtube search Muhammad Taha Al Junaid..hah...macam ni lah suara dia...Gambar masa sembahyang tak sempat nak tangkap...kalau nak tengok lagi gambar2 yang lain boleh tengok kat facebook ja....^^



Ini dia dua orang anak murid Syeikh Nursalam Al Hafiz...Yang kiri tuh tak ingat nama dia yang kanan tu nama dia Adik Naim Fathaillah...Dan berumur 12 dan 10 tahun...Masih muda lagi...Terlupa satu lagi...Semasa penutup ceramah Syeikh Nursalam Al Hafiz disudahi dengan doa yang dibaca oleh Adik Naim Fathaillah...



Saya sempat ingat semasa dalam doa dia,dia berdoa.."Ya Allah jadikanlah kami daripada orang2 yang selalu membaca Al Quran, mendalami maksudnya, beramal dengan Al Quran, dan Engkau ikhlaskan hati kami dalam beramal..."..tak sempat nak catit...Setakat ni yang dapat nak dikongsikan...Jadi jangan lupa datang pada 1/1/2012...Kalau terlepas memang rugi...Jemput bagi memeriahkan lagi majlis ulama...Terlupa pula bawa sejadah sendiri noh....^-^

Tuesday, December 20, 2011

Senyum sahaja...

~/^/@O^___^O@/^/~
Assalamualaikum semua....
Nak post pun masih belum dikurniakan idea lagi...
Jadi tak tahu nak update apa pulak kali ni...
Mungkin antum dan antunna sekalian perasan yang ana jarang update status...
Kalau ditengokkan pada pun dah tahu dah...'SEBULAN SEKALI UPDATE'...
Fuhh patutla lama sangat...Macam mana nak tolong ISLAM kalau sebulan sekali dok update status...
Tu la masalahnya...Susah betul nak jadi kreatif dalam mengajak orang kepada kebaikan...
Kalau antum dan antunna sekalian rajin tolong2lah budak ni...sebab dia masih baru lagi...^_^
Sebenarnya ana baru balik dari Johor sebab pergi hantar kereta dekat abang...
Dia nak guna kereta tue pergi Singapore...entah pertandingan apa tak tahu....
Lepas hantar kereta...pastu pergi rumah Pak Ngah sebab nak bermalam kat situ sehari...
LETIH OOO...Bukan apa segan jugak jadinya tidur dekat rumah Pak Ngah...
Pastu besoknya bertolak ke Melaka sebab nak pergi jalan2 kejap...
Ya Allah Engkau lebih mengetahui keletihan perjalanan kami....
Paling menarik...macam mana laa boleh tersesat dekat Melaka selepas check-in hotel...


Ni hotel dia...Ya Allah hotel yang besar macam ni pun tak dapat nak cari...
Ni baru Melaka Ya Allah belum lagi masuk negara lain...belum lagi masuk planet lain...belum lagi masuk alam salain planet....Subhanallah!!Sungguh besar alam-Mu Ya Allah....
Alhamdulillah...tak ada apa lagi dah nak tulis sebab idea kering kontang sekarang...
Jadi moga2 antum dan antunna sekalian dapat menyumbangkan seberapa banyak idea yang boleh..YAA...InsyaAllah...jika Allah mengizinkan ana untuk meneruskan lagi kerja2 begini...



~SEN-NYUM...SOCK-MORE~

Monday, November 21, 2011

Kenangan buat selama lamanya



Bersama kita...Abang Zaim diikuti Abang Amirul dan seterusnya Abang Ekhsan...
Kini hanya senyuman menjadi tatapan hatiku...



Resah berterbangan bagaikan ditiup angin tatkala melihat wajahmu...



Pernah kita nasyid bersama...kini hanya tinggal gambar nasyid je....T.T



Hatiku begitu renyuk sekali bak dipijak berkali kali...
Hatiku kini menjadi buruan resah...
Ya Allah hanya engkau sahaja yang memahami hamba-Mu ini...
Ya Allah Engkau tekadkanlah hatiku ini agar tidak lari daripada mengingati-Mu...
Ya Zaljala Liwalikram....
Walaupun tidak lagi daku bersama mereka...Jika Engkau masih mengizinkan kami untuk bertemu mereka....~
Amin Ya Rabbal Alamin!~

Friday, November 4, 2011

Bosann!!


Nama saya Current dan saya BOSAN~

Haiii pengunjung blogger sekalian...
Berikan pandangan anda apakah yang perlu dibuat...
Tiada kerjaaaaaaa..........!!
Tiada kerjaaaaaaa..........!!
Tiada kerjaaaaaaa..........!!
Astaghfirullah.............= =
Bukan selalu jadi bosan ceni....
Fuhhhh...
Sungguh membosankan.....
Bosan dan bosan....
Bagaimanakah anda menangani kebosanan anda...??
Sila nyatakan pendapat anda...
HAHAHAHA....
Nasyid lagi bagus la....HURMM>>>

Ya Allah sesungguhnya hamba-Mu ini sentiasa bergantung kepada-Mu...
Tiada pengharapan selain dari-Mu....
Amin Ya Rabbal A'lamin....

Wednesday, October 26, 2011

Jadikan pengajaran kepada semua umat Islam....

Assalamualaikum buat semua pengunjung...
Inginku letakkan jua isu2 semasa luar negara...
Untuk dijadikan pengajaran bukan diteladani...


Gambar menunjukkan riak wajah pemimpin Libya yang zalim ketakutan apabila telah di tangkap oleh tentera di Sirte

Kematian Gaddafi – NTC sahkan Muammar Gaddafi terbunuh
SIRTE (Libya): Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarka Pejuang Revolusi negara itu, sebentar tadi.
Menteri Penerangan Libya, Mahmoud Shammam, berkata beliau mengesahkan Gaddafi terbunuh selepas mendapat maklumat daripada Pejuang Revolusi yang melihat sendiri mayat bekas pemimpin negara itu. “Anggota kami di Sirte sudah melihat mayatnya….Mustafa Abdul-Jalil (Pengerusi NTC) akan mengesahkan perkembangan terbaru itu tidak lama lagi. Pejuang Revolusi memberitahu bahawa Gaddafi kelihatan menyertai satu konvoi dan mereka menyerang konvoi berkenaan,” katanya di sini, sebentar tadi. Jurucakap operasi ibu pejabat NATO di Naples, Itali, Kolonel Roland Lavoie, berkata pesawat bersekutu melancarkan serangan ke atas dua kenderaan pasukan keselamatan pro-Gaddafi awal pagi tadi, di mana mereka terpisah daripada kumpulan itu sebelum menuju ke Sirte.
Bagaimanapun, pihak berkuasa NATO yang enggan namanya didedahkan berikutan syarat yang ditetapkan dalam undang-undang pasukan keselamatan bersekutu, berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada Gaddafi terbunuh atau ditangkap.
Semua pihak mengambil langkah berhati-hati untuk mengumumkan kematian Gaddafi apabila laporan yang diterbitkan sebelum ini (merujuk kepada kematian ahli keluarga Gaddafi atau penangkapannya) disahkan tidak tepat.
Sementara itu, satu daripada kumpulan Majlis Ketenteraan Misrata, berkata pejuang mereka berjaya menangkap Gaddafi.
Manakala, Komander bagi kumpulan lain dalam Majlis Ketenteraan Misrata pula, Abdel-Basit Haroun, berkata Gaddafi terbunuh dalam serangan udara yang disasarkan ke atas konvoi yang sedang melarikan diri. – AP
Dan katanya anak pemimpin itu Mo’tassim turut diberkas dalam pertempuran di Sirte…..
Ps : Lepas ni Negara Islam mana pula yang akan jadi sasaran.., Mesir sudah berjaya, Siria dalam perjalanan, Iran menunggu giliran… dan seterusnya..????

Saturday, September 17, 2011

Murahnya Gelaran “Ulama’” Pada Zaman Ini

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam, Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam,
Pertama sekali, penulis memohon maaf kepada para pembaca kerana tidak dapat “update” penulisan di blog ini seperti blog2 yang lain-lain. Ini adalah kerana kelemahan penulis sendiri dan semoga Allah memberi tawfiqNya untuk penulis terus berkongsi serba sedikit ilmu (“Dan tidaklah kamu semua diberikan ilmu melainkan sangat sedikit.”), pengalaman dan pemerhatian penulis bersama para pembaca.

~Betapa mahalnya gelaran ulama’ ini sehinggakan Al-Quran hanya menyebut kalimah “al-Ulama’” ini hanya sekali sahaja iaitu dalam surah Fatir ayat 29 iaitu [tidak termasuk istilah "Ulama' Bani Israil" di dalam al-Shu'ara': 197]:

~Terjemahan: ‘Hanyasanya yang takut kepada Allah SWT itu di kalangan hamba-hambanya ialah orang-orang berilmu (al-Ulama’)”.

~Dan Rasulullah SAW ialah hamba Allah yang paling takut kepada Allah dan yang paling mengenali Allah SWT sepertimana sabdaan baginda SAW (Sahih Ibn Hibban):

والله إني أتقاكم لله وأخشاكم له
Terjemahan: “Demi Allah, akulah yang paling bertaqwa kepada Allah di kalangan kamu, dan yang paling takut kepadaNya di kalangan kamu.”

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda (Sahih Bukhari):

إِنَّ أَتْقَاكُمْ وَأَعْلَمَكُمْ بِاللَّهِ أَنَا
Terjemahan: “Sesungguhnya yang paling bertaqwa dan yang paling mengenal Allah di kalangan kamu ialah daku”

~Berdasarkan ini, seorang alim di kalangan para ulama’ itu mempunyai kedudukan yang paling hampir dengan Rasulullah SAW.

~Al-Quran tidak menyatakan sifat para ulama itu sebagai suka berdebat2 atau petah berkata2 atau banyak karangannya atau banyak pengikutnya atau luas pengaruhnya atau hebat fizikalnya atau memiliki PhD atau gelaran Profesor dan lain-lain. Perkara-perkara tersebut masih belum menjadi petunjuk2 yang pasti kecuali dizahirkan dengan sokongan-sokongan yang lain seperti persepakatan ummah di atas penerimaannya sebagai ulama’, dan lain-lain.

~Namun begitu, al-Quran mengunci kemas istilah ulama’ itu dengan “ketakutan kepada Allah SWT”. Dari sudut bahasa Arab, kalimah “innama” itu adalah salah satu bentuk uslub al-hasr wa al-ikhtisas yang memberi makna limitation dan privilege. Bukankah sifat Takut (dan iman) itu sesuatu yang tidak zahir dan berada di dalam hati seseorang ulama’? Ya, maknanya bukan mudah untuk mengenal hakikat para ulama’ itu.

~Imam al-Ghazali menyatakan lima ciri-ciri yang ada pada para ulama’ yang besar yang disepakati ummat ini seperti Imam al-Shafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad Ibn Hanbal dan Imam Sufyan al-Thawi iaitu:

وكل واحد منهم كان عابداً وزاهداً وعالماً بعلوم الآخرة وفقيهاً في مصالح الخلق في الدنيا ومريداً بفقهه وجه الله تعالى
Tejamahan: “Setiap daripada mereka itu kuat ibadahnya, zuhud, berilmu dengan ilmu-ilmu akhirat, dan faqih di dalam maslahat makhluq di dunia (faqih dalam ilmu hukum ahkam zahir fiqh), dan mengkehendaki dengan ilmu mereka keredaan Allah”

Seorang ulama’ bukan sahaja mempunyai ciri-ciri ini, namun dia juga mampu mendidik ciri-ciri ini pada anak-anak didiknya dan masyarakat sekiranya sekaliannya mempunyai niat yang benar dan sahih.

~Jadi, sedarlah kita bahawa kedudukan ulama’ itu terlalu tinggi untuk dimurahkan istilahnya pada hari ini. Ambillah pengajaran al-Quran.

~ Hari ini, orang yang berkata-kata kesat, tidak memelihara hak sesama Muslim, merendah2kan umat Islam, bahkan mencaci dan mengkafir sesama Muslim, tidak menghormati Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda r.a., tidak menghormati ulama’2 terdahulu terus dipanggil seorang ulama’ kerana zahir di dalam program televisyen dan internet ataupun menggenggam segulung ijazah PhD ataupun menang bertanding di dalam sebuah parti politik atau memasuki parti politik atau menubuhkan persatuan di atas nama ulama’ atau pakaiannya dan sebagainya. Sungguh murah gelaran ulama’ ini untuk dijadikan batu loncatan dan pakaian.

~. Ya! Banyak penggunaan istilah agama berkaitan gelaran kepada para ilmuan agama pada hari ini termasuk di dalam bab “al-tawassu’ fi al-istilah” iaitu kelonggaran penggunaan istilah dan bukan kerana tahqiqnya individu tersebut pada gelarannya… melainkan sangat sedikit.

~Selain daripada istilah ulama’, istilah tajdid, islah, jihad dan lain-lain begitu mudah digunakan untuk menghalalkan tindakan masing-masing dan pendapat masing-masing dan menyalahkan orang lain.

~Istilah2 ini dapat menjadi pakaian menutupi kebatilan yang terselindung di sebaliknya, khususnya fitnah dan bid’ah di dalam agama, sebagaimana ahli bid’ah, si jahil dan si fasiq boleh menutup bid’ah, kejahilan dan kefasiqan di sebalik pakaian seorang alim. [hal ini dipanggil tadlis]

~Maka, berhati-hatilah kita di dalam urusan agama kita dan semoga Allah tidak menjadikan musibah kita di dalam agama kita sepertimana doa Rasulullah SAW (Sunan al-Tirmizi):

وَلَا تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا فِي دِينِنَا
Terjemahan: “Dan janganlah engkau (Ya Allah!) menjadikan musibah kami di dalam agama kami.”

~ Semoga Allah SWT menunjukkan kita jalan yang lurus. Al-Fatihah.

Wallahua'lam...
Wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Saturday, August 20, 2011

Marhaban Ya Ramadhan


As Salam ya sahabat seperjuangan yang sanggup meluangkan masa bagi mengisi sedikit ilmu yang tak seberapa ni...
“Marhaban ya Ramadhan Marhaban fi syahril mubarok wa syahril maghfirah. Barakallau lana walakum daaiman bijami’i khoir. Wal’awfu minkum”

Alhamdulillahirabbil alamin, Selawat serta salam tercurah ke haribaan junjungan kita Nabi Muhammad SAW beserta keluarga dan para sahabat-sahabatnya.
Sahabat Mutiara, Sungguh, tanpa terasa bulan Ramadhan sudah tiba, bulan penuh rahmat dan maghfirah Allah SWT akan kita arungi bersama. Dalam bulan ini kita akan melaksanakan puasa selama satu bulan penuh. Sebagai bekal diri kita dalam mengarungi kehidupan selanjutnya. Karena dalam bulan inilah, jiwa dan raga kita semua benar-benar ditempa oleh tempaan2 yang luar biasa, oleh ujian2 yang maha dahsyat, yang tentunya akan dapat memberikan diri kita berbagai macam keuntungan. Baik dari segi ruhani maupun dari segi jasmani.

Sudah banyak diketahui oleh kita bersama bahwa banyak sekali manfaat yang dapat kita ambil dari ibadah yang satu ini. Salah satu diantaranya adalah dapat membuat kita menjadi seorang yang kuat menghadapi cobaan, tegar dalam mengarungi rintangan dan sabar dalam menerima tekanan. Tekanan dalam memperturutkan hawa nafsu kita yang selama hampir satu tahun penuh dibiarkan merajalela. InsyaAllah dengan adanya puasa ini Allah dapat menjadikan kita termasuk ke dalam golongan ”orang-orang sabar”, orang yang sangat dicintai oleh Allah SWT.
Mari kita sambut bulan Ramadhan dengan senyuman dan hati yang bersih..
Saatnya mengosongkan hati untuk diisi dengan kebaikan.
Terimakasih ya Allah, telah memberi hamba kesempatan untuk menikmati Ramadhan tahun ini
Sahabat Mutiara, ada beberapa sikap seorang Mukmin dalam menyambut datangnya bulan Ramadhan ini, diantaranya adalah :
1.“Alfarhu”
Hatinya merasa gembira, dan bersuka cita dengan kedatangan bulan Ramadhan ini, karena dipanggil Allah Subhanahu wata’ala untuk melaksanakan shaum, karena dirinya meengetahui sepenuhnya bahwa dengan puasa ini Allah akan mengangkat derajatnya menjadi hambaNya yg bertaqwa, sesuai dengan firmannya :
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (QS Al-Baqarah 183)
2. “Attazzikiyah”
Berusaha untuk membersihkan hati agar hatinya terbebas dari penyakit-penyakit hati yang menyebabkan dirinya sulit untuk mengakses “nur” rahasia hikmah yang tersembunyi di balik bulan Ramadhan dengan selalu memperbanyak bacaan istigfar, mohon ampunan kepada Allah dan tidak lupa dengan melipatgandakan sedekah kepada kaum fakir.
3.“Al ilmu”
Selalu belajar dan terus belajar untuk mencari ilmu yang sebanyak-banyaknya terutama dalam mepelajari tujuan, hikmah, keutamaan, amal-amal utama dan hal-hal yang dapat mengurangi bahkan merusak nilai ibadah puasanya.
4. “Al-Maghfirah”
Memohon ampunan dari Allah, dan meminta maaf kepada orangtua, suaminya atau istri tercintanya, tidak lupa juga kepada kerabat, saudara, handai taulan dan para tetangga serta sahabat-sahabat. Agar dimaafkan dari segala kesalahan baik yang disengaja maupun yang tidak disengaja.
Semoga saya dan sahabat-sahabatku tercinta bisa dimudahkan oleh Allah SWT untuk selalu istiqomah dan mudawamah dalam melaksanakan perintah-perintahNya, terutama perintah ibadah puasa yang akan kita hadapi dalam beberapa hari lagi.
Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan tahun 1432 H

Friday, July 15, 2011

Bukti cinta kepada Allah



Ya Allah telah kau berikan peluang kepada diriku ini untuk berkongsi ilmu sesama saudara seislam yang lain...
Sesungguhnya Engkau sahajalah yang boleh menghidupkan dan yang mematikan...
Adakah cukup sekadar hanya menyebut di bibir bahawa kita cinta kepada Allah...??

Ramai manusia yang mengaku mencintai Allah tetapi kebanyakan kata-kata mereka tidak melepasi kerongkong-kerongkong mereka. Cinta itu ada tandanya untuk dikenal pasti yang manakah cinta palsu dan yang manakah cinta yang hakiki.

Ketahuilah cinta itu seperti magnet yang akan menarik kekasih kepada kekasihnya. Orang yang mencintai seseorang akan suka bertemu dengan kekasihnya. Orang yang kasihkan Allah tidak merasa berat untuk bermusafir dari tanah airnya untuk tinggal bersama Kekasihnya menikmati nikmat pertemuan denganNya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya.” Sebahagian salaf berkata: “Tidak ada suatu perkara yang lebih disukai Allah pada seseorang hamba selepas hamba tersebut suka untuk bertemu dengan-Nya daripada banyak sujud kepada-Nya, maka dia mendahulukan kesukaannya bertemu Allah dengan memperbanyakkan sujud kepada-Nya.”

Sufyan al Thauri dan Bisyr al Hafi berkata: “Tidak membenci kematian melainkan orang yang ragu dengan tuhannya kerana kekasih itu pada setiap masa dan keadaan tidak membenci untuk bertemu dengan kekasihnya.

Allah SWT berfirman:

Maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar. (al-Baqarah: 94)

Seseorang itu tidak suka kepada kematian kadang kala disebabkan kecintaannya kepada dunia, sedih untuk berpisah dari keluarga, harta dan anak-anaknya. Ini menafikan kesempurnaan kasihnya kepada Allah kerana kecintaan yang sempurna akan menenggelamkan seluruh hatinya.

Namun, ada kalanya seseorang itu tidak suka kepada kematian ketika berada pada permulaan makam Mahabbatullah. Dia bukan membenci kematian tetapi tidak mahu saat itu dipercepatkan sebelum dia benar-benar bersedia untuk bertemu dengan Kekasihnya. Maka dia akan berusaha keras bagi menyiapkan segala kelengkapan dan bekalan sebelum menjelangnya saat tersebut. Keadaan ini tidak menunjukkan kekurangan kecintaannya.

Orang yang mencintai Allah sentiasa mengutamakan apa yang disukai Allah daripada kesukaannya zahir dan batin. Maka dia akan sentiasa merindui amal yang akan mendekatkannya kepada Kekasihnya dan menjauhkan diri daripada mengikut nafsunya.

Orang yang mengikut nafsunya adalah orang yang menjadikan nafsu sebagai tawanan dan kekasihnya, sedangkan orang yang mencintai Allah meninggalkan kehendak diri dan nafsunya kerana kehendak Kekasihnya.

Bahkan, apabila kecintaan kepada Allah telah dominan dalam diri seseorang, dia tidak akan lagi merasa seronok dengan selain Kekasihnya. Sebagaimana diceritakan, bahawa setelah Zulaikha beriman dan menikahi Nabi Yusuf a.s, maka dia sering bersendirian dan bersunyi-sunyian beribadat serta tidak begitu tertarik dengan Yusuf a.s sebagaimana sebelumnya.

Apabila Yusuf AS bertanya, maka dia berkata: “Wahai Yusuf! Aku mencintai kamu sebelum aku mengenali-Nya. Tetapi setelah aku mengenali-Nya, tidak ada lagi kecintaan kepada selainNya, dan aku tidak mahu sebarang gantian”. (Ihya’ Ulumiddin, Imam al Ghazali Jilid 5 H: 225)

Kecintaan kepada Allah merupakan sebab Allah mencintainya. Apabila Allah telah mengasihinya, maka Allah akan melindunginya dan membantunya menghadapi musuh-musuhnya. Musuh manusia itu ialah nafsunya sendiri.

Maka Allah tidak akan mengecewakannya dan menyerahkannya kepada nafsu dan syahwatnya. Oleh yang demikian Allah berfirman:

Dan Allah lebih mengetahui berkenaan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu). Dan cukuplah Allah sebagai pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka). (al-Nisa’: 45)

Orang yang mencintai Allah, lidahnya tidak pernah terlepas dari menyebut nama Kekasih-Nya dan Allah tidak pernah hilang dari hatinya. Tanda cinta kepada Allah, dia suka menyebut-Nya, suka membaca al Quran yang merupakan kalam-Nya, suka kepada Rasulullah SAW dan suka kepada apa yang dinisbahkan kepada-Nya.

Orang yang mencintai Allah kegembiraan dan keseronokannya bermunajat kepada Allah dan membaca Kitab-Nya. Dia melazimi solat tahajjud dan bersungguh-sungguh beribadah pada waktu malam yang sunyi dan tenang. Sesiapa yang merasakan tidur dan berbual-bual lebih lazat daripada bermunajat dengan Allah, bagaimanakah hendak dikatakan kecintaannya itu benar? Orang yang mencintai Allah tidak merasa tenang melainkan dengan Kekasihnya. Firman Allah:

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (al Ra’d: 28)

Orang yang mencintai Allah tidak merasa sedih jika kehilangan sesuatu dari dunia ini tetapi amat sedih jika hatinya tidak lagi memiliki cinta kepada Allah. Besar kesalahan baginya jika ada saat-saat yang berlalu tidak diisi dengan zikrullah dan ketaatan kepadaNya, apatah lagi jika melakukan larangan Allah.

Orang yang mencintai Allah juga, merasa nikmat dan tidak berasa berat melakukan ketaatan. Dia tidak merasa ketaatan yang dilakukan semata-mata kerana tunduk dengan perintah-Nya tetapi dilakukan kerana kecintaan terhadap Kekasihnya. Imam al Junaid r.a berkata: “Tanda orang yang cintakan Allah, sentiasa bersemangat dan cergas melakukan amal ibadah dan hatinya tidak pernah lalai dan letih daripada mengingatiNya.”

Dia tidak pernah merasa sakit menghadapi cercaan orang-orang yang mencercanya kerana melaksanakan perintah Allah. Semua yang datang dari Kekasihnya sama ada suka atau duka diterima dengan hati yang gembira dan reda.

Orang yang telah mengenal dan mengecapi cinta Allah tidak akan tertarik dengan cinta yang lain. Itulah magnet cinta Allah. Alangkah ruginya orang yang hatinya tidak ingin mengenal cinta Allah, cinta yang hakiki dan sejati.

Tuesday, June 28, 2011

Nasyid KeredhaanMu - In Team





Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

Kisah Israk Mikraj dan sebelumnya





Salam buat semua pengunjung....
Kali ini ana nak cerita sedikit mengenai peristiwa Israk dan Mikraj memandangkan Israk dan Mikraj bakal tiba....
Mungkin terdapat banyak kisah yang berlaku semasa peristiwa tersebut....
Peristiwa yang belum kita ketahui ataupun yang sudah kita ketahui...
Sama2lah kita muhasabah diri kita....^^

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

Saturday, June 25, 2011

Kenapa Palestin?



Salam buat semua pengunjung...Syukran jazilan atas pengunjung yang masih sudi mengunjungi blog ana...barakallah alaikh ya antum...^^
Kali ini ana mahu kongsi sedikit tentang apa yang sebenar benarnya berlaku di negara seperjuangan islam kita, Palestin...
InsyaAllah jika kita hayati dengan penuh istiqamah InsyaAllah kita akan mendapat keredhaan Allah...
Barokallah halaman..^^

Allah menguji umat Islam dengan musibah. Hampir setiap hari kita temui dalam media musibah yang menimpa dalam bentuk gempa bumi, gunung berapi, banjir, kemiskinan, penyakit dan penindasan pihak yang zalim. Di kalangan umat Islam ada yang tidak memberi perhatian kepada musibah-musibah ini. Mereka membaca atau mendengar tentangnya, namun ia tidak mendapat tempat di dalam hati dan fikiran mereka. Bagi mereka “Saya hal saya, mereka hal mereka.”
Bagi kalangan ini yang saya harap tidak ramai orangnya, izinkan saya berkongsi sebuah ayat dari al-Qur’an: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [al-Taubah 9:71]
Perhatian kita ditujukan kepada permulaan ayat, di mana Allah menerangkan bahawa sebahagian kita menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Inilah antara ciri orang yang beriman sehingga jika seseorang sengaja membiarkan saudara muslimnya yang lain padahal dia mengetahui saudara itu amat memerlukan pertolongan, imannya adalah cacat, jauh dari kemanisan dan kesempurnaan.

Ciri sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang lain turut ditekankan oleh Rasulullah. Dalam sebuah hadisnya baginda membuat perumpamaan: “Seorang mukmin kepada mukmin yang lain adalah ibarat sebuah bangunan, sebahagiannya mengukuhkan sebahagian yang lain.”[Shahih al-Bukhari, no: 5567]
Dalam hadis yang lain baginda bersabda: “Orang-orang Islam seumpama satu tubuh, jika matanya sakit maka terasa sakit seluruh tubuhnya dan jika kepalanya sakit maka terasa sakit seluruh tubuhnya.” [Shahih Muslim, no: 4687]
Oleh kerana itu diriwayatkan bahawa: “Sesiapa yang tidak memikirkan urusan umat Islam maka tidaklah dia termasuk golongan mereka.” [al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath, no: 7473 dan sanadnya dinilai hasan oleh penyemaknya, Mahmud Hasan Ismail]
Justeru tidaklah patut seorang muslim apatah lagi mukmin, apabila dia mengetahui saudara seagamanya dalam keadaan memerlukan pertolongan, bersikap tidak endah dan berpaling ke urusannya sendiri. Kita patut membantu sekadar yang boleh, sekadar yang mampu. Sekalipun kita sendiri menghadapi masalah, yakinilah masalah saudara kita lebih berat berbanding masalah kita.


Kenapa Palestin?
Di antara umat Islam yang amat memerlukan bantuan kita ialah umat Islam di Palestin. Kezaliman Yahudi-Israil ke atas mereka merupakan sesuatu yang sudah dikenali oleh masyarakat dunia tanpa mengira agama. Mereka telah dizalimi sejak berpuluh tahun sekalipun tidak ramai di antara kita yang mengetahui bahawa umat Islam turut memiliki campur tangan dalam pencerobohan kaum Yahudi di bumi Palestin. [Untuk fakta ini rujuk buku Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah: Suatu Analisis Ke Atas Peranan Gerakan “Wahhabiyyah” oleh Ibnu Ahmadain al-Barlisi, terbitan Jahabersa]
Alhamdulillah, banyak usaha di kalangan umat Islam untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin. Ada kutipan dana dengan menggunakan pelbagai sarana, menampal stiker di kereta bagi menarik perhatian mereka yang leka dan misi-misi kemanusiaan terus di bumi Palestin.
Hanya satu usaha masih belum dijalankan, iaitu menganjurkan umat Islam Palestin berhijrah ke daerah lain yang selamat. Berhijrah dari daerah penindasan ke daerah keamanan merupakan salah satu ajaran Islam. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah ketika umat Islam pada zaman baginda ditindas dengan hebat di Mekah, lalu mereka berhijrah ke Habsyah dan Madinah.
Hukum berhijrah masih valid hingga Hari Kiamat. Selagi mana umat Islam memiliki musuh, selagi itu kita disuruh berhijrah untuk menyelamatkan agama, nyawa dan maruah serta menyusun strategi bagi membalas serangan apabila memiliki kekuatan. Rasulullah menerangkan hakikat ini: “Hijrah tidak akan terputus selagi mana masih ada musuh untuk diperangi.” [Musnad Ahmad, no: 22324 dan dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth]
Apabila umat Islam Palestin ditindas dengan hebat sementara kita tidak memiliki kekuatan ketenteraan untuk menghentikan penindasan tersebut, maka salah satu tindakan yang patut dipertimbangkan ialah menganjurkan mereka berhijrah ke tempat yang aman dari penindasan. Jika umat Islam Palestin tidak memiliki kemampuan untuk berhijrah, maka kita dapat membantu mereka dengan menyediakan daerah yang sesuai lagi aman untuk mereka berhijrah.
Sebaliknya apabila kita memaksa mereka tetap di bumi mereka, mereka terus ditindas dan ditindas sehingga timbul soalan baru yang patut kita bertanya kepada diri kita sendiri: Siapakah yang sebenarnya menindas umat Islam Palestin: Yahudi atau umat Islam?

Kenapa Hanya Palestin?
Soalan lain yang patut turut ditanya ialah: Kenapa hanya Palestin? Umat Islam yang ditimpa musibah terletak di pelbagai belahan dunia, malah di negara kita sendiri. Akan tetapi kelihatannya kempen kesedaran, usaha mengutip dana dan misi-misi kebajikan hanya tertumpu kepada umat Islam di Palestin. Ya, memang mereka memerlukan bantuan kita dan kita patut membantu mereka. Akan tetapi kenapa kita hanya fokus kepada mereka dan mengabaikan umat Islam lain yang turut ditimpa musibah? Justeru dalam rangka kita membantu umat Islam, bantulah secara adil. Jangan kita mengutamakan sebahagian dan menganak tirikan ramai yang lain.

Tuesday, June 7, 2011



Assalamualaikum..
Tibalah masanya untuk kita menanamkan sifat yang mana Rasulullah s.a.w selalu menjaganya...

Tanda kebahagiaan dan kesuksesan adalah tatkala seorang hamba semakin bertambah ilmunya maka semakin bertambah pula sikap tawadhu dan kasih sayangnya.

Semakin bertambah amalnya maka semakin meningkat pula rasa takut dan waspadanya. Setiap bertambah usianya maka semakin berkuranglah ketamakan nafsunya. Setiap bertambah hartanya maka bertambahlah kedermawanan dan kemauannya untuk membantu sesama. Dan setiap kali bertambah tinggi kedudukan dan posisinya maka semakin
dekat pula dia dengan manusia dan berusaha untuk menunaikan berbagai kebutuhan mereka serta bersikap rendah hati kepada mereka.

Dan tanda kebinasaan yaitu Tatkala semakin bertambah ilmunya maka bertambahlah kesombongan dan kecongkakannya. Setiap bertambah amalnya maka bertambahlah keangkuhannya, dia semakin meremehkan manusia dan terlalu bersangka baik kepada dirinya sendiri. Semakin bertambah umurnya maka bertambahlah ketamakannya. Setiap bertambah banyak hartanya maka dia semakin pelit dan tidak mau membantu sesama. Setiap kali meningkat kedudukan dan derajatnya maka bertambahlah
kesombongan dan kecongkakan dirinya.

Ibarat padi kian berisi kian merunduk


وَلَا تُصَعِّرۡ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمۡشِ فِى ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًا‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٍ۬ فَخُورٍ۬
Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
(Surah Luqman 31: Ayat 18)

Monday, June 6, 2011

Perhiasan dan Keindahan..



Kali ini ana kongsi sikit artikel yang ana petik dari salah satu web dari sahabat ana...
Artikel ni menerangkan tentang betapa pentingnya keindahan dan perhiasan sehinggakan Allah menyukai keindahan...
Selamat membaca....


Kemungkinan besar sebahagian kita berpendapat Islam bukanlah agama perhiasan dan keindahan. Tidak boleh dandan rambut, tidak boleh pakai barang kemas, tetapi boleh bersolek, tidak boleh warnakan kuku, tidak boleh cukur bulu kaki, tidak boleh berfesyen, bahkan bersanggul sekali pun tidak boleh. Serba serbi tidak boleh, Islam dianggap agama comot, kusut lagi tanpa perhiasan.

Apa yang benar ialah sebaliknya, Islam amat menekankan perhiasan dan keindahan. Bahkan keindahan itu adalah sesuatu yang disukai oleh Allah. Buktinya, pada satu ketika Rasulullah pernah bersabda: “Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi kesombongan.” Lalu ada yang bertanya: “Sesungguhnya seseorang yang menyukai agar bajunya elok dan kasutnya elok (apakah ini termasuk kesombongan)?” Rasulullah menjawab: “Sesungguhnya Allah itu indah (dan) menyukai yang indah. Kesombongan itu ialah menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” [Shahih Muslim, no: 131]

Dalam sebuah riwayat yang lain, seorang lelaki yang tampan datang menemui Rasulullah dan bertanya: “Wahai Rasulullah! Saya menyukai keindahan dan saya telah diberi keindahan (oleh Allah) sebagaimana yang anda lihat ini sehinggakan saya tidak suka jika ada orang lain yang (keindahannya) melebihi saya, meski pun sekadar tali kasut. Apakah ini termasuk perasaan sombong?” Rasulullah menjawab: “Tidak, akan tetapi kesombongan itu ialah menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4092]


Keindahan Rambut.

Di antara keindahan seseorang yang Islam berikan penekanan ialah rambutnya. Rasulullah menegaskan: “Sesiapa yang memiliki rambut maka hendaklah dia memuliakannya.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4163] Termasuk erti memuliakan rambut ialah menjaga panjang-pendeknya, menjaga kebersihannya, meminyakkannya agar tahan lagi lembut, mengikatnya (sanggul) serta menyikatnya agar kemas lagi terurus.

Merujuk kepada amalan menyikat, Jabir bin Abdullah menerangkan bahawa Rasulullah pernah datang menziarahi rumahnya. Lalu baginda melihat seseorang yang rambutnya kusut terpacak-pacak, lantas menegur: “Tidakkah orang ini boleh mendapatkan sesuatu yang dapat digunakan bagi merapikan rambutnya?” Kemudian baginda melihat pula seseorang yang bajunya kotor, lantas menegur: “Tidakkah orang ini boleh mendapatkan air agar dia dapat mencuci bajunya?” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4062]

Turut dalam konteks memuliakan rambut ialah mewarnakannya jika ia sudah beruban. Berkenaan uban atau rambut putih, Rasulullah melarang kita daripada mencabutnya kerana: “…itu adalah cahaya orang mukmin.” [Shahih Sunan Ibn Majah, no: 3721] Pun begitu, kita dianjurkan untuk mewarnakan rambut yang sudah beruban. Rasulullah pernah melihat Abu Quhafah – yakni ayah Abu Bakar as-Shiddiq – di mana rambut dan janggutnya sudah berwarna putih kerana uban. Rasulullah menganjurkan kepada beliau: “Warnakanlah (rambut dan janggut anda) dengan sesuatu asalkan dijauhkan warna hitam.” [Shahih Muslim, no: 3925]

Sekali pun belum beruban, kita tetap dianjurkan untuk mewarnakannya kerana: “Orang Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan rambut mereka, maka selisihilah mereka (dengan mewarnakan rambut anda).” [Shahih Muslim, no: 3926] Baginda juga melanjutkan: “Sesungguhnya yang terbaik untuk digunakan sebagai pewarna rambut ialah inai dan katam.” [Shahih Sunan Ibn Majah, no: 3622] al-Katam ialah sejenis tumbuhan yang memberikan warna hitam kemerahan.

Perkara penting berkenaan mewarnakan rambut ialah sah atau tidak wudhu’ dan mandi hadas (mandi wajib). Para ilmuan berbeza pendapat dalam persoalan ini. Sebahagian mereka berpendapat ia tidak sah kerana pewarna itu menghalang air dari menyentuh rambut. Sebahagian lagi berpendapat sah jika pewarna itu diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan seperti inai (Henna). Terakhir, ada yang berpendapat sah dengan apa jua pewarna kerana Rasulullah telah menganjurkannya tanpa mengambil kira hukum wudhu’ dan mandi hadas. Padahal jika ia memberi kesan kepada sah atau tidak, pasti Rasulullah akan menjelaskan hukumnya. Lebih dari itu, pewarna tersebut sebenarnya “bergabung” dengan sel-sel rambut sehingga menjadi sebahagian dari rambut. Ini berbeza dengan alat-alat solek yang hanya menumpang di atas kulit dan tidak menjadi sebahagian dari kulit.

M

Batas-Batas Keindahan Rambut.

Meski pun Islam menekankan keindahan rambut, terdapat beberapa batas atau syarat yang digariskan.

Pertama, janganlah terlalu memberi perhatian kepada penjagaan rambut sehingga leka dari tujuan utama Allah meletakkan kita di muka bumi ini. Bagi mengawal kita daripada leka dengan penjagaan rambut, seorang sahabat yang pernah mendampingi Rasulullah selama empat tahun menerangkan: “Rasulullah melarang kami menyikat rambutnya setiap hari.” [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 5054] Hadis ini bersifat kiasan, ertinya jangan berlebih-lebihan dalam menjaga keindahan rambut. Sebaliknya bersederhanalah dan dudukkanlah ia di pertengahan. Termasuk dalam bersederhana ini ialah tidak membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk mendandan rambut.

Kedua, dalam rangka memuliakan dan mengindahkan rambutnya, wanita dilarang mendedahkan kepada orang ramai. Para wanita boleh berhias untuk keseronokan diri sendiri dan dianjurkan berhias kepada suaminya. Namun apabila keluar ke khalayak ramai, wanita hendaklah menutup auratnya di mana rambut termasuk salah satu dari aurat tersebut.

Ketiga, tidak termasuk dalam anjuran menjaga keindahan rambut untuk memakai rambut palsu, mengikat sanggul unta dan mencabut uban. Semuanya dilarang oleh Islam dengan dalil-dalil yang telah dikemukakan dalam edis-edisi Dara.com sebelum ini.

Keempat, dalam rangka memuliakan rambut dan menjaga keindahannya, hendaklah sentiasa waspada dengan perasaan ujub atau meremehkan orang lain. Ini kerana sedetik dari perasaan buruk sedemikian akan melayakkan anda ke neraka sepertimana hadis-hadis yang dikemukakan di permulaan artikel ini.

Hanya Sampingan..^_^

:::Andai Bertemu dan Berpisah Kerana Allah:::

Ulama Pewaris Nabi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More