Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
“Aduh sakitnya” keluh ayah . “Picit pelan-pelan Li” kata ayah ku lagi.
Aku angguk.Aku tidak menjawab. Jari-jari ku menggosok –gosok tubuh ayah.
“Ahhhhhh sakitnya Allah..Allah..Allah ” itulah zikir-zikir yang bermain dimulut ayah.Lemah .Antara dengar dengan tidak.Melihat gerak bibirnya. Aku yakin, itulah ungkapan ayah.Itulah sebutan ayah sejak beliau mula-mula menderita. Ayah terbaring dipenjuru ruang tamu rumah ayah. Ayah sakit. Ayah tidah seramah dulu. Ayah menderita. Air mata ayah bergenang mengalir lesu.
Ku capai kain tuala putih. Ku kesat air mata ayah. Kiri.Dan kanan. Pelan-pelan.Ku gantikan dengan kain lain. Ku sapukan peluh ayah. Dibadan.Dilengan. Didahi. Penuh kasih sayang. Aku pilu. Aku sedih. Batin ku menangis.Ayah sakit tenat.Ayah terlantar.
Jemari ku sentuh perlahan jari-jari kurus tangan ayah. Sejuk. Dalam hati ku berkata “ Ohhh..tidak !”. “Oooh tuhan, jangan lagi Ya Allah. Aku masih belum puas mengecap kasih sayang ayah. Ya Allah ya tuhan ku, berilah peluang untuk aku bersama ayah lagi. Kerana jika kau ambil ayah disaat ini, aku sudah tidak ada ayah lagi ”.
Ayah menderita. Aku berkeluh kesah.
Ku lihat keliling. Sunyi.Sepi. Ibu mengesat air mata. Ibu tunduk. Adik-adik ku mengadap Surah-surah Al-Quran. Kedengaran sayu ayat-ayat Allah berkumandang. Menghiasi rumah usang ayah.
Ayah akan pergi. Ayah akan pergi buat selamanya.
Tujuh tahun berlalu. Ku tatap surah Yaasin. Ku baca perlahan dipusara ayah. Ku hadiahkan pahala bacaan untuk ayah. Aku berdoa untuk kesejahteraan ayah. Oh ayah.Dengan apalah jasa dan budi mu untuk ku balas. Dikau mendidik anak-anak mu ini dengan penuh kasih sayang. Dikau beri ilmu agama kepada kami. Dikau lengkapkan ilmu persekolahan kepada kami. Dikau ajari kami kalimah –kalimah tuhan. Ohh ayah. Aku kesini, datang sebagai anak mu yang soleh. Setiap masa, setiap saat aku hadiahkan sedekah jariah berupa Al-Fatihah kepada mu. Ohh ayah ..tenanglah dirimu disana. Kerana akan tiba masanya, aku akan menuruti mu jua.
Recent Posts
::Iqrak::
P.Z.R
Friday, July 30, 2010
Yang Berlalu Takkan Berulang..
Hanya Sampingan..^_^
:::Andai Bertemu dan Berpisah Kerana Allah:::
Ulama Pewaris Nabi

0 comments:
Post a Comment