Alhamdullilah segala usaha untuk membawa Rakyat Malaysia terutama Pelajar dari Malaysia sedang giat berjalan. Diharap kesemua mereka selamat hendaknya. Memang kalau ikutkan keadaan disana dengan apa yang dipaparkan melalui gambar dibawah memang menyentuh perasaan. Hanya doa dipanjatkan kepada kaum seagama denganku agar semuanya selamat disana. Korang layan gambar dibawah agar ia dapat dijadikan ikhtibar untuk kita di Malaysia betapa keamanan amat penting sekali.
Gambar menunjukkan seorang Anggota FRU sedang diiringi oleh penduduk setempat yang menyertai tunjuk perasaan keluar dari kawasan kejiranan setelah bertembung dengan satu kumpulan penunjuk perasaan di Alexandria pada 28 Januri 2011.
Kenderaan yang musnah dapat dilihat dijalan raya akibat dari rusuhan pada isnin 31 Januri 2011. Ketika ini anggota Pols dan pengutip sampah kelihatan untuk melakukan pembersihan. Stesen keretapi bawah tanah telah dibuka ketika ini setelah anggota tentera mengambil alih tugas dari pihak polis sepenuhnya.
Seorang penunjuk perasaan terbaring untuk menerima rawatan setelah mengalami kecederaan. Kebanyakan Masjid digunakan sebagai klinik sementara untuk merawat penunjuk perasaan yang tercedera semasa berlaku rusuhan dengan pihak Polis Anti Rusuhan di Cairo pada hari sabtu 29 Januari 2011.
Kenderaan terbakar dihadapan balai polis degan penunjuk perasaan terus menyemarakkan kebakaran dengan membuang kon plastik ke arah kenderaan yang terbakar di sekitar Giza, Mesir berdekatan dengan pyramid pada hari sabtu 29 Januari 2011. Berikutan kekecohan ini Pryamid yang merupakan tempat tarikan pelancongan telah ditutup oleh pihak tentera.
Penunjuk perasaan berehat di Masjid Omar Makram berdekatan dengan Tahrir Square di Cairo sebelum meneruskan tunjuk perasaan pada awal pagi. Gambar di ambil pada 1 Februari 2011 dimana bermulanya tunjuk perasaan besar-besaran di Tahrir Square dalam usaha untuk mendesak Presiden HOSNI MUBARAK meletak jawatan sebagai Presiden.
Kelihatan orang ramai memenuhi Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo dalam usaha untuk keluar dari Cairo berikutan keadaan tidak menentu pada 31 Januari 2011. Ramai yang terkandas di lapangan terbang akibat rusuhan dalam usaha untuk menamatkan pemerintahan tiga dekad Presiden HOSNI MUBARAK.
Penunjuk perasaan mengunakan papan kayu sebagai pelindung ketika berlaku pertembungan penunjuk perasaan dengan Anggota polis Anti Rusuhan berdekatan dengan Pejabat kementerian Mesir di Cairo pada 29 Januari 2011.
Diharap gambar yang dipaparkan dapat dihayati oleh semua. Pentingnya keamanan dikekalkan semoga rakyat terus dapat menikmati kemakmuran dan kesejahteraan berpanjangan. Bersatulah kita dalam usaha untuk terus mengekalkan apa yang telah dinikmati selama ini dan diharap ia terus kekal untuk generasi kita yang akan datang. Kepada Rakyat dan Pelajar Malaysia di MESIR, Doa rakyat Malaysia mengiringi anda semua di sana. AMIN!
Recent Posts
::Iqrak::
P.Z.R
Friday, February 4, 2011
PERGOLAKAN DIMESIR | GAMBAR SEPANJANG RUSUHAN DI CAIRO@KAHERAH
Hanya Sampingan..^_^
:::Andai Bertemu dan Berpisah Kerana Allah:::
Ulama Pewaris Nabi

0 comments:
Post a Comment