Salam alaik...
Lama jari jemari tidak mengetuk keypad menaip di sini. Minggu ini jari terlalu banyak bekerja menyiapkan KST dan KGT. Syukur Allah masih mengurniakan jari yang sihat untuk terus bekerja dan beribadat. Kalau satu hari nanti nikmat ini Allah tarik, nak menyuap sesuap nasi pun pasti perit. Nauzubillah.
Nak citer sket pasai konflik yg blaku kt ngara Islam...
Iaitu aa pasai presiden Libya Gaddafi....
Mungkin sume owang dah taw...
Ni copy dari blog kawan hehe...
Teruskan membaca....
LUAHAN PERASAAN...penunjuk perasaan memusnahkan monumen dibina kerajaan Libya di Tobruk
16 Rabiul'awal 1432H,
KAHERAH 19 Feb 11: Kezaliman mulai terserlah, apabila Perarakan Hari Kemarahan di Libya bertukar menjadi ganas semasa anggota keselamatan rejim Muammar Gaddafi menembak mati sekurang-kurangnya 24 orang, semalam.
Pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW), berkata keganasan berlaku di dua bandar utama Libya, Benghazi dan al-Baida. Memetik sumber tidak dikenali, HRW berkata, penunjuk perasaan ditembak dengan peluru hidup.
Pengarah HRW bagi rantau Timur Tengah dan Afrika Utara, Sarah Leah Whitson, berkata serangan ganas ke atas demonstrasi aman itu adalah bukti jelas kekejaman Gaddafi jika dia berdepan dengan rasa tidak puas hati rakyatnya.
“Warga Libya sepatutnya tidak perlu merisikokan diri sendiri untuk mendapatkan hak sebagai manusia,” katanya.
Pembangkang menggunakan Facebook bagi menggerakkan orang ramai menyertai perarakan Hari Kemarahan semalam, tetapi Gaddafi, 68, membalasnya dengan menganjurkan demonstrasi penyokong kerajaan di tengah Tripoli.
Ratusan orang menyertai perhimpunan di Dataran Hijau di ibu negara Libya sambil membawa sepanduk memuji-muji Gaddafi, antara lain sebagai ‘pemimpin revolusi.’ Dia turut muncul seketika sejurus selepas tengah malam dan mendapat sambutan hangat.
Tulang belakang rejim Gaddafi, Jawatankuasa Revolusi, berkata mereka tidak akan membiarkan protes rakyat menggagalkan kejayaan rakyat, mengancam keselamatan serta kestabilan negara. (IH)
Recent Posts
::Iqrak::
P.Z.R
Friday, April 29, 2011
Hanya Sampingan..^_^
:::Andai Bertemu dan Berpisah Kerana Allah:::
Ulama Pewaris Nabi

0 comments:
Post a Comment