1. Daripada Anas r.a katanya : Bersabda Nabi saw :
“ Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadhan lantas dia memuji Allah ( Alhamdulillah ) ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaannya ). Kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan itu .”
2. Kelebihan bulan Ramadhan dan keagungannya dengan adanya Malam Lailatulqadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta rahmat dan darjat tertinggi bagi orang yang berjaga mendapatkan malam Lailatulqadar dengan dipenuhi amal ibadat dan bertaqwa kepada Allah disamping sembahyangnya yang sunat, istighfar, tasbih dan berzikir sepanjangnya.
3. Berkata Saiyidina Ali Karromallahuwajhah, Nabi saw telah bersabda :
“ Apabila engkau melihat seharibulan maka bacalah olehmu ‘Allahu Akbar’ 3 kali , kemudian bacalah ‘ Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan engkau dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat ( darjat ) dan telah menjadikan engkau tanda ( kekuasanNya ) bagi sekalian alam ’.
Allah bermegah akan hambaNya di hadapan Malaikat melalui firmanNya yang bermaksud : “ Hai Malaikat ! Saksikanlah kamu bahawa Aku telah memerdekakannya ( hamba ) daripada api neraka .”
Atau dibacakan ayat yang bermaksud : Ya Allah! Zahirkanlah Ramadhan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keislaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah .
4. Bersabda Nabi s.a.w :
“ Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .
Lalu Allah berfirman : Hai Ridhwan, bukakanlah pintu syurga Babuljannan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Nabi Muhammad saw . Hai Malik Zabaniah , tutuplah pintu neraka al-Jahim daripada umat Nabi Muhammad saw . Hai Jibril belenggukanlah syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad saw akan puasanya . Maka Firman Allah pada tiap-tiap malam Ramadhan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun ? Akan Aku ampunkannya
( Al-Hadith )
Recent Posts
::Iqrak::
P.Z.R
Tuesday, August 10, 2010
Kelebihan bulan Ramadhan...
Hanya Sampingan..^_^
:::Andai Bertemu dan Berpisah Kerana Allah:::
Ulama Pewaris Nabi

0 comments:
Post a Comment