Salam perjuangan

Salam perjuangan

HATI

Dalam salah satu haditsnya, Rasulullah SAW pernah bersabda sebagai berikut: “Menjadi bersihlah kamu, karena sesungguhnya Islam itu bersih.” (HR. Ibnu Hiban)

UJIAN-MU

Brngsiapa diuji lalu bersabar, dberi lalu bersyukur, dzalimi lalu memaafkan dn mnzalimi lalu bristighfar maka bg mreka kselamatan dn mreka trgolong org2 yg memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)

JALAN-MU

Bukti cinta yang kukuh kepada Allah dan Rasul-Nya ialah berjihad, Maka berjihadlah dengan harta dan nyawamu

MILIK-MU

Ya Allah KAU hampirikanlah diriku ini kepada-Mu,Ya Allah sesungguhnya hidup matiku hanya untuk-Mu, Inginku capai cinta dan redha-Mu Ya Allah(^___^).

SYURGA-MU

Ya Allah, kekuasaan-Mu tiada tandingan mana2 makhluk-Mu, Engkau jadikan siang untuk hamba-Mu mencari rezeki-Mu, Engkau jadikan malam untuk hamba-Mu beribadat kepada-Mu..(^___^)

^^

Photobucket

Recent Posts

P.Z.R

smile

Bendera Rasululullah SAW

smile

Beberapa helai rambut Rasulullah SAW

smile

Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta

smile

Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta

smile

;"> Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta

smile

Cap surat Nabi SAW

smile

Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.

smile

Busur Panah Nabi SAW

smile

Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW

smile

Peninggalan gigi dan rambut Nabi..

smile

Jejak Kaki Rasulullah SAW

smile

Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW

smile

Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah

smile

Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan

smile

Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7

smile

Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius

smile

Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir

smile

Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW

smile

Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya

smile

. Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya ...

smile

. Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya ...

smile

Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelas

smile

Kunci Ka’bah Masa Nabi Muhammad SAW

smile

Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi

smile

PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW

smile

Keranda dan makam Nabi panutan alam, Nabi Muhammad SAW

smile

Beberapa helai rambut Rasulullah SAW

smile

Wadah Kotak Gigi Rasulullah SAW

smile

Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW

smile

Jejak Kaki Rasulullah SAW

smile

Bagian dari baju gamis Nabi SAW yang sudah sobek

smile

Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek

smile

.

Topi Besi Rasulullah SAW

smile

the_clothers__staff_of_prophet_muhammad.jpg



Saturday, December 25, 2010

Mendapat Hati Yang Tenang



Sebelum ini, telah disebutkan kepada kita bahawa dengan zikrullah itu hati kita akan tenang dengan perkara-perkara dunia. Ia membawa maksud selagi hati kita dapat terhubung dengan Tuhan, nescaya diri kita tidak dapat dipengaruhi dengan perkara-perkara dunia yang melalaikan serta menyusahkan. Begitulah yang kita diberitahu. Namun, bagaimana boleh dihubungkan kedua-duanya iaitu dengan zikrullah, boleh kita dapat ketenangan dunia? Bagaimana zikrullah itu boleh menenggelamkan rasa bimbang, risau, cemas dan takut kita kepada perkara dunia? Mana tidaknya, sakit, miskin, hilang jawatan, dimaki atau dicerca orang, dan berbagai lagi musibah dunia, bukankah ia menyusahkan? Bukankah itu menggugat hati sehingga datang bimbang, cemas dan takut? Oleh itu marilah kita perhatikan hubungkait antara keduanya agar benar-benar kita faham bagaimana zikrullah boleh menjadi penawar kepada kesusahan dunia.

Di sini, zikrullah itu membawa pengertian mengingati Allah dalam ertikata yang hati itu dapat menghayati sifat-sifat dan peranan Tuhan. Dibawakan contoh, katakan seorang itu miskin. Dia selalu kesempitan wang. Dia nak makan pun susah. Nak belanja-belanja keluarga pun susah. Tapi, oleh kerana hatinya sudah menghayati Tuhan, dia dapat merasakan Tuhan Maha Pemberi Rezeki. Pada Tuhan, dia bertawakal. Dengan bersandarkan pada sifat Tuhan Maha Pemberi Rezeki, dia jadi yakin. Dia jadi orang yang boleh tenang menghadapi kemiskinan. Dia tahu rezeki Tuhan itu luas dan Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya. “InsyaAllah, Tuhan ada, Dialah yang Maha memberi rezeki”, kata hati kecilnya. Dia berusaha juga tapi dia tidak bergantung pada usahanya. Bagi dia rezeki Tuhan ada di mana-mana dan sudah ditetapkan bahagian untuk orang sepertinya.


Contoh lain, seorang itu jatuh sakit. Sakit itu menyusahkan. Boleh jadi tidak tenang dengan sakit apatah lagi makan minum serta tidur selalu terganggu. Malah kerja harian juga terganggu dan di waktu tertentu hendak bersembahyang pun terganggu juga. Namun, seorang yang berzikrullah, dapat merasakan Tuhan yang memberi sakit dan Dialah yang menyembuhkan. Rasa itulah yang memberi penawar kepada kesusahan sakitnya selama ini. Dia jadi tenang atas kerana yakin Tuhan yang memberi sakit dan Tuhan jugalah yang akan menyembuhkan. Sudah pasti keyakinan itu menjadikan dia faham maksud Tuhan memberi sakit kepadanya. Sudah pasti juga dia faham bahawa kalau Tuhan kehendaki, bila-bila masa Tuhan boleh sembuhkan. Tinggal lagi yang menjadi soal bukan tempoh lama atau sekejap masa sakit, atau soal ringan atau berat ujian sakit. Soalnya adalah sejauhmana kuat hubungannya dengan Tuhan sehingga sakit itu boleh menjadi hiburan kepadanya. Sakit bukan sakit lagi tetapi dirasakan sebagai hiburan dari Tuhan kepada hambanya.

Yang paling besar juga, kesusahan dalam miskin dan sakit itu boleh dihadapi dengan tenang kerana dia sudah merasa dirinya itu dimiliki Tuhan. Inilah sebahagian daripada zikrullah. Rasa dimiliki Tuhan ini membuatkan seseorang itu menyerah hati dan dirinya kepada Tuhan. Dia merasakan Tuhan boleh buat apa sahaja terhadap dirinya kerana dia adalah milik Tuhan. Sebagai hamba Tuhan yang dimiliki Tuhan, terpulanglah kepada Tuhan nak sakitkan, nak miskinkan atau nak susah-susahkan hidupnya di dunia. Berhak bagi Tuhan berbuat begitu. Hatinya boleh berkata, “tidak sekali-kali bagi seorang hamba boleh menolak apa sahaja ketentuan dari Tuhannya.” Berbahagialah orang yang boleh merasakan sedemikian. Di situlah datangnya ketenangan kepada orang seperti itu. Asasnya adalah zikrullah tadi.

Begitulah kisahnya, jika seseorang sudah dapat menghayati sifat Tuhan. Hatinya akan sentiasa dalam ketenangan bilamana menghadapi perkara-perkara dunia yang melalaikan serta menyusahkan. Hatinya tidak cacat atau terpengaruh dengan dunia tersebut disebabkan kuat rasa-rasa hatinya dengan Tuhan. Banyak lagi contoh yang boleh disebutkan di sini tetapi cukuplah dengan dua contoh di atas untuk panduan kita bersama. Sekian.

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya. (Ar-Rad: 28-29)

Dialah yang menurunkan Sakinah (ketenangan) ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Al-Fath: 4)


Tuesday, December 21, 2010

Haji Dan Umrah Berulang Kali

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Orang yang berperang di jalan Allah, orang yang berhaji dan orang yang berumrah (mereka adalah) para delegasi Allah. Allah memanggil mereka lalu mereka memenuhi (panggilan itu). Mereka berdoa kepada-Nya lalu Dia mengabulkannya.”


Dalam sebuah riwayat yang lain baginda menganjurkan: "Nikmatilah Baitullah ini...". Pada ketika yang lain baginfa mengesyorkan: "Hubungkanlah di antara haji dan umrah kerana kedua-duanya dapat menghapuskan kefakiran dan dosa-dosa seagaimana relau tukang besi dapat menyisihkan kotoran besi, emas dan perak. Sementara haji yang mabrur tidak ada pahalanya selain syurga.

Amalan umrah tidak ketinggalan dari anjuran ini: “Satu umrah yang diikuti dengan umrah berikutnya adalah menjadi penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara kedua-duanya dan haji yang mabrur itu tidak ada balasannya kecuali syurga.”

Demikian beberapa di antara sekian banyak hadis yang menganjurkan ibadah haji dan umrah yang sempat saya salin dari kitab Sahih al-Targib wa al-Tarhib li al-Munziri oleh Syaikh al-Albani. Hadis-hadis ini menjadi telaah saya setelah beberapa hari sebelum itu seorang saudara saya dengan begitu ceria mengkhabarkan kepada saya bahawa dia akan berangkat menunaikan ibadah haji untuk sekian kalinya pada tahun 2010 ini.

Saya menyambut keceriaanya itu secara hambar lagi dingan. Apa yang segera terlintas di fikiran saya ialah: "Berapa kali nak pergi haji? Bukankah lagi bagus jika duit - yang paling kurang RM10,000 - digunakan untuk pendidikan anak-anaknya yang masih bersekolah dan membantu orang miskin yang lain?" Lintasan fikiran ini saya terjemahkan dengan ucapan ringkas kepada saudara saya itu: "Owh! Ok!", lalu terus beralih kepada subjek persembangan yang lain.

Saya sebenarnya bukan anti haji dan bukan anti umrah. Akan tetapi teguran Syaikh Yusuf al-Qardawi berikut ini masih segar dalam ingatan saya. Di bahagian awal bukunya Fiqh al-Awlawiyat, beliau menulisa:

"Pada musim haji setiap tahun, saya saksikan banyak sekali kaum muslimin yang tergolong kaya dan mampu, pergi menunaikan ibadah haji untuk kali kedua, ketiga dan selanjutnya, Banyak juga di kalangan mereka yang menambahkan ibadah haji sunat itu dengan terlebih dahulu menunaikan umrah pada bulan Ramadhan. Mereka tidak segan-segan untuk mengeluarkan wang ringgit demi tujuan tersebut, malah ada kalanya banyak di antara mereka yang mengajak beberapa orang miskin untuk turut pergi bersama mereka menunaikan haji dan umrah tersebut. Padahal Allah SWT tidak membebankan mereka (orang miskin) untuk menunaikan haji atau umrah kerana mereka tidak memiliki kemampuan dan kesanggupan (kewangan).

Akan tetapi kamu cuba untuk minta kepada mereka untuk menyalurkan semua dana dan peruntukan yang mereka belanjakan pada setiap tahun itu agar didermakan kepada tabung para pejuang (mujahidin) yang sedang memerangi penceroboh dan penjajah Israil di Palestin, untuk tabung mujahidin di Bosnia yang sedang menghadapi serangan pengganas Serbia.

Atau untuk tabung dakwah Islamiah bagi menghadapi usaha-usaha Kristianisasi di wilayah-wilayah Indonesia, Bangladesh, serta di negara-negara lain di benua Asia dan Afrika, atau kamu meminta kepada mereka untuk menyalurkan peruntukan tersebut bagi membangunkan pusat-pusat tarbiyah dan pendidikan dakwah Islamiah, melahirkan para pendakwah yang mantap lagi berpengetahuan luas, ataupun untuk usaha-usaha penyusunan buku-buku Islam dan terjemahannya. (Jika dengan segala permintaan atau cadangan ini), pasti kebanyakan mereka akan menolehkan kepalanya ke arah lain kerana enggan dan tidak setuju dengan cadangan yang kamu berikan tadi. Bahkan mungkin ada di kalangan mereka yang akan mengherdik dan mencemuh kamu.

Begitulah umumnya kefahaman masyarakat kita mengenai ajaran Islam, padahal secara terang dan jelas al-Qur'an al-Karim telah menggariskan bahawa amalan jihad itu adalah lebih utama daripada amalan ibadah haji, seperti firman Allah SWT:

Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidilharam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.[al-Taubah 9:19-20]”

Sekian al-Qardawi. Di sini timbul persoalan, bagaimana hendak dipertimbangkan kata-kata di atas berbanding hadis-hadis yang telah saya kemukakan di awak catatan ini? Bukankah hadis-hadis tersebut menganjurkan haji dan umrah dengan anjuran yang besar dan ia tidak menghadkannya kepada haji dan umrah yang pertama sahaja?


Agaknya di sinilah letaknya kebenaran kata-kata hikmah: “Setiap orang beramal dengan kadar ilmu masing-masing”. Bagi kebanyakan orang, kadar ilmu mereka sekadar mengetahui keutamaan amalan haji dan umrah lalu mereka berusaha untuk melaksanakannya sekerap yang mampu. Ini, berdasarkan hadis-hadis di atas, tidak boleh dianggap satu kesalahan. Bagi sebahagian yang lain, kadar ilmu mereka berada pada kemampuan menilai di antara dua atau lebih amalan, yang manakah patut diberi prioriti, lalu mereka berusaha untuk melaksanakan apa yang berada pada prioriti teratas. Ini juga satu kebenaran.

Bagaimana pula dengan anda wahai para pembaca yang budiman sekalian, adakah anda seperti mana kebanyakan orang atau seperti mereka yang mengamalkan Fiqh al-Awlawiyat dalam bab haji, umrah dan selainnya?

Berjalan-jalan




Salam kepada semua yang ziarah....
Baca2lah kalau ade artikle yang menarik post2 la...^^

Hari-hari kita berjalan kaki. Ke kafeteria, ke bilik kuliah, ke perhentian bas, ke pejabat, ke pasar malam, ke masjid dan pelbagai lagi. Berjalan kaki merupakan perkara yang amat lazim sehingga saya yakin sedikit di antara kita yang pernah terfikir, wujudkah apa-apa tunjuk ajar dan bimbingan Islam tentang hukum dan adab berjalan? Tentu saja ada. Maka peluang ini, saya ingin berkongsi kepada para pembaca sekalian hukum dan adab berjalan yang digariskan oleh Islam.

Pertama: Menjauhi Sikap Sombong

Apabila berjalan, jauhi sikap sombong. Sikap buruk ini boleh timbul kerana beberapa sebab, seperti merasakan diri sendiri hebat, bangga dengan fesyen pakaian dan aksesori yang berjenama lagi terkini, perasan diri sendiri paling cantik lagi ramping dan pelbagai lagi. Sikap sombong ini diterjemahkan kepada gaya berjalan yang tertentu, atau mungkin saja gaya yang biasa tetapi hati yang angkuh, muka yang memandang ke atas, mata yang menjeling ke kiri-kanan dan sebagainya.

Sikap seperti ini hukumnya dilarang oleh Islam. Alllah SWT berfirman: "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri". [Surah Luqman, ayat 18].

Dalam ayat yang lain Allah mengingatkan: "Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang." [Surah al-Isra', ayat 37]. Jika kita menyalahi perintah ini, yakni tetap berjalan dengan berlagak sombong, Allah meneruskan: "Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu." [Surah al-Isra', ayat 38].

Sementara itu Rasulullah SAW pula mengingatkan: "Ketika seorang lelaki berjalan dengan memakai pakaian yang membuat dirinya ujub, rambutnya disikat rapi, tiba-tiba dia ditelan oleh bumi dan meronta hingga Hari Kiamat" [Sahih al-Bukhari, no: 5789]. Oleh itu berjalanlah dengan sikap dan gaya yang serba merendah diri. Ini adalah sikap yang mulia kerana: "...tidaklah seseorang bersifat rendah diri kerana Allah melainkan Allah menaikkan darjatnya." [Shahih Muslim, no: 2588]

M

Kedua: Berjalan Dengan Bertenaga.

Para sahabat menerangkan, apabila Rasulullah berjalan, baginda berjalan dengan langkah yang sedikit laju, seolah-olaj sedang turun bukit padahal permukaan adalah mendatar. Cara berjalan seperti ini memberi gambaran bahawa baginda orang yang bertenaga, bersemangat, bermotivasi dan berani. Malah cara berjalan seperti ini juga secara tidak langsung merupakan senaman yang baik untuk semua organ dan anggota badan. 'Ali bin Abi Thalib menerangkan: "Apabila baginda (Rasulullah) berjalan, maka baginda condong ke hadapan seolah-olah sedang turun ke tempat yang lebih rendah. Aku tidak pernah melihat ada orang yang seperti baginda baik sebelum mahupun sesudah ini." [Shahih Sunan al-Tarmizi, no: 3637]

Abu Ihsan al-Atsari menjelaskan: "Nabi SAW apabila berjalan, baginda berjalan dengan tegar. Maksudnya baginda mengangkat kedua-dua kakinya di atas tanah kerana tegarnya baginda berjalan, seakan-akan baginda bertumpu pada pangkal telapak kakinya. ...Gaya jalan seperti ini sesuai dengan roh islam kerana padanya nampak kekuatan seorang muslim di hadapan manusia (lain). Seorang mukmin yang lebih kuat lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah" [Panduan Amal Sehari Semalam, ms. 292]

Ada sebahagian kita yang apabila berjalan, mengheret selipat, sandal atau kasutnya di atas permukaan sehingga mengeluarkan bunyi. Seolah-olah terdapat beban beberpa kilogram di atas kedua-dua kaki sehingga tidak mampu di angkat ketika membuka langkah berjalan. Cara berjalan seperti ini menggambarkan orang yang malas, tidak bersemangat, tidak bermotivasi lagi lemah. Tentu saja ia bukan merupakan cara berjalan kita muslimin dan muslimat.

M

Ketiga: Sesekali Tidak Beralas Kaki.

Islam menganjurkan kita untuk sekali sekala berjalan tanpa memakai apa-apa. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kita kepada orang yang susah dan bersyukur atas nikmat alas kaki yang sedia dimiliki. Bahkan adakalanya bukan sekadar satu alas kaki tetapi pelbagai bilangan dan jenama merangkumi kasut, sandal dan selipar. Justeru sekali-sekala "berkaki-ayam" dapat merendahkan diri, mensederhanakan gaya hidup dan mengingatkan kita kepada orang yang sememangnya tidak memiliki apa-apa alas kaki. Fudhalah bin Ubaid menerangkan: "Nabi SAW memerintahkan kami untuk tidak memakai alas kaki sekali-sekala." [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4160]

M

Keempat: Muslimat Berjalan Di Tepi

Di antara adab Islam ialah wanita - yakni para muslimat - berjalan di tepi lorong. Adab yang sopan lagi mulia ini mampu mengelakkan daripada berlaku pelanggaran, pergeseran, percampuran atau pemandangan dari kaum lelaki yang lazimnya berjalan di tengan lorong. Rasulullah SAW berpesan: "Bahagian tengah lorong bukan untuk kaum wanita". [Shahih al-Jami' al-Shagheir, no: 5425]

Wednesday, December 15, 2010

Indahnya Akhlak Rasulullah..



Salam semua....ingin menyatakan betapa hebatnya akhlak Rasulullah yang menyerupai Al-Quran...
Iqrak!!^_^

Suatu hari, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Sesiapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas sambil tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat. Tidak kira sedikit atau banyak. Namun kali ini tidak. Tidak seulas pun diberikan kepada para sahabat. Rasulullah SAW terus makan sambil tersenyum, sehingga habis kesemua limau itu. Kemudian, wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari Rasulullah SAW.

Sahabat - sahabat agak kehairanan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada antara kalian yang akan mengenyet mata atau memarahi wanita berkenaan. Saya bimbang hatinya tersinggung. Sebab itu saya habiskan kesemuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Friday, December 10, 2010

Siapakah Pemimpin Hamas??



("Diolah dari sessi dialog terbuka dengan salah seorang anak perempuannya, Ummu Hummam di www. Islam-online.net.)

Bapaku merupakan seorang yang mewakafkan hidupnya untuk islam. Baginya seluruh detik dalam kehidupannya adalah untuk Islam dan pembebasan bumi Palestin. Tidak hairanlah jika mereka yang mengenalinya akan mendapati beliau tidak pernah berkurung di rumah walaupun nyawanya sentiasa berada di dalam bahaya. Beliau bersolat di 5 mesjid berlainan di dalam satu hari. Tidak ada satu masjid di Gaza pun kecuali ayahku telah berkunjung ke sana untuk berdakwah dan menyampaikan kuliah kuliah pengajian, mengingatkan manusia kepada akhirat dan juga memberikan kesedaran tentang tanggung jawab mereka untuk berjihad membebas kan bumi Palestin.



Semangat Syeikh Ahmad Yassin dikagumi semua orang

Keadaannya yang lumpuh dan berkerusi roda tidak menghalangnya untuk bergerak ke sana dan ke mari. Saudaraku Abdul Ghani (yang telah cedera parah kerana mengingiringi Syeikh Ahmad Yassin lewat serangan yang telah meragut nyawa Syeikh) sentiasa mengiringi beliau. Kami pernah mengingatkan beliau tentang keselamatannya dan keadaannya yang terdedah kepada bahaya, beliau lantas menjawab : Itu adalah tugasku...

Bagi kami sekeluarga, ayahku adalah lambang bagi mereka yang hidup untuk Islam dan kemenangan Islam. Waktunya, usahanya, hartanya kesemuanya adalah untuk Islam. Beliau yang amat sering berpuasa tidak pernah menjadikan puasa sebagai halangan untuknya daripada berdakwah. Cita citanya ialah dia tidak mahukan seorang pun daripada penduduk Gaza ketinggalan di dalam menjalankan kerja kerja dakwah, Islam dan jihad. Melalui khutbah khutbahnya jugalah dia menyampaikan mesejnya kepada rakyat Gaza agar terus berjuang demi kemerdekaan Palestin dan kedaulatan Syariat Islam di muka bumi Allah ini. Rehat di dalam kamus hidupnya adalah dengan melakukan aktiviti aktiviti dakwah dan jihad!




Zuhudnya bapaku

Sebagai seorang pemimpin gerakan Islam yang setanding dengan pemimpin pemimpin Arab yang lain, boleh sahaja bapaku memiliki villa, malah istana yang besar. Boleh sahaja dia menggunakan duit yang mengalir dari dana gerakan HAMAS untuk perbelanjaan dan kemewahan dirinya. Boleh sahaja dia memilih kehidupan yang mewah dan kaya, namun itu bukanlah sifat ayahku. Dia seorang yang amat zuhud.

Rumah yang didiami oleh ayahku amat dhaif. Hatta orang yang hidupnya sederhana pun tidak akan memlilih untuk hidup di rumah seperti rumahnya. Pernah kami dan rakan rakan di dalam gerakan HAMAS menawarkan untuk dia berpindah ke ruamah yang lebih selesa. Dia menjawab : Aku lebih memilih untuk memiliki rumah yang mewah di syurga . Baginya apalah erti rumah yang mewah di dunia jika di akhirat nanti kita tidak berupaya memiliki rumah yang mewah yang kekal abadi.

Jika sesiapa yang pernah berkunjung menziarahi bapaku, mereka akan lihat rumahnya amat sempit. Rumahnya hanya mempunyai 3 bilik untuk dirinya dan ibuku, untuk tetamu dan untuk anak anaknya. Lantainya tidak bermamar dan hanya simen biasa sahaja. Ruang dapurnya amat hampir dengan ruang tamu dan amat kecil sekali. Di musim sejuk, suasana di rumah amat sejuk sekali, dan di musim panas suasananya amat sejuk sekali. Bila ditawarkan untuk pembaikan rumah tersebut, dia menolaknya dan mengatakan dia sibuk untuk menyediakan rumahnya di syurga. Itulah Syeikh Ahmad Yassin yang ku kenali.

Pakaiannya pun ringkas dan amat sedikit. Jika anda melihat dia hanya berpakaian sederhana dan sentiada memilih untuk tidak sibuk berbelanja untuk pekaian pekaian yang baru apatah lagi yang mahal mahal. Kesibukannya dengan urusan perjuangan, dakwah dan jihad memaksanya untuk tidak memikirkan perkara perkara yang remeh.



Syeikh Ahmad Yassin dan keluarga

Dalam kesibukan dan keseriusannya dalam urusan perjuangan, Syeikh merupakan seorang bapa dan datuk yang penyayang. Dia tidak akan melepaskan peluang untuk bersama anak anak jika beliau mempunyai waktu. Dia amat mengambil berat perihal pembelajaran kami semejak kami kecil sehinggalah sekolah menengah. Kebanyakan dari adik beradik kami hanya belajar sehingga sekolah menengah sahaja kerana bapaku tidak mampu untuk menanggung pembelajaran kami ke universiti walaupun kami layak untuk masuk ke universiti.





Beliau amat menyukai kanak-kanak

Dia amat suka bergurau dengan anak anak dan cucu cucunya. Dia amat disayangi oleh cucu cucunya kerana sifat lucunya dan kemesraanya bersama mereka. Syeikh tidak pernah ketinggalan untuk bersama anak anak dan cucu cucunya dalam keraian keraian yang melibatkan keluarga. Walau bagaiamana sibuk didirnya, dia akan mencari ruang untuk bersama dengan kami semua, hatta untuk menghadiri majlis kesyukuran ulang tahun kelahiran cucu cucunya. Di bulan Ramadhan pula, dia akan memastikan supaya sentiasa dapat berbuka bersama kami semua di rumah rumah kami. Bagi kami sebagai anak anak, Syeikh Ahmad Yassin, bapa kami adalah bapa mithali dan bapa yang paling penyayang yang kami pernah temui. Yang lebih menarik lagi sikap kebapaan dan kelembutan beliau bukan hanya dirasai oleh kami, malah anak anak jiran pun amat menyayangi beliau dan amat manja dengannya. Jika dia mempunyai kelapangan beliau akan meluangkan masa bermain dengan anak anak jiran yang amat menyayanginya seprti bapa dan datuk mereka sendiri.

Satu perkara yang kami amat bersyukur menjadi anak kepada Syeikh Ahmad Yassin ialah sifat beliau sebagai pendidik yang tegas dengan anak anak. Beliau amat mengambil berat persoalan ibadat, aqidah dan ilmu keagamaan kami. Dia sentiasa memastikan hubungan kami dengan Allah adalah berterusan dan kuat sebagaimana beliau sendiri mempunyai hubungan yang amat intim dengan Allah S.W.T melalui ibadat ibadatnya dan juga keteguhan keimanannya dan tawakkalnya kepada Allah. Kesemua adik beradik kami terlibat dalam gerakan HAMAS dan usaha usaha dakwah dan jihad. Abdul Hamid dan Abdul Ghani, saudara lelaki kami juga sentiasa bersama bapaku dalam segala aktiviti aktivit yang dihadiri oleh beliau. Kami semua sentiasa dididik agar cintakan akhirat dan mati syahid.


Bapaku dan ujian dalam perjuangan

Ujian dalam perjuangan adalah sebahagian daripada perjuangan. Ianya adalah asam garam kepada perjuangan tersebut demi menapis keaslian para pejuang dan juga memastikan hanya mereka yang ikhlas sahaja yang akan tetap berada di atas landasan perjuangan Islam. Itu jugalah prinsip bapaku. Dia telah menerima ujian semenjak di awal kehidupannya apabila keluarganya diusir dari kampung halaman mereka di Kufr Yunus ke Gaza pada tahun 1948. Di Gaza dia telah melibatkan diri dengan perjuangan pembebasan Palestin.

Sewaktu beliau sedang menuntut di Mesir, beliau sekali lagi menerima ujian apabila telah ditangkap dan dibuang dari Universitinya kerana penglibatannya dengan gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir. Itu semua tidak menjadi alasan buatnya untuk tidak terus berada di dalam arus gerakan jihad dan dakwah demi membebaskan bumi Palestin yang dijajah oleh rejim Zionis.

Di Gaza sendiri, dari dulu sehinggalah zaman Intifadah 1987, beliau sering keluar masuk penjara kerana usaha jihadnya. Lebih menyedihkan keadaan lumpuhnya menjadi semakin parah ketika beliau berada di dalam penjara. Kesihatannya juga semakin teruk sehingga menyebabkan mata sebelahnya buta dan telinganya kirinya hampir hampir pekak. Itu semua tidak menjadi halangan untuk dia terus berjuang.

Kali terakhir dia berada di dalam penjara ialah sebelum beliau dibebaskan pada tahun 1997. Penjara menjadi rumah keduanya, dan dia tidak pula menjadikan keadaannya dalam penjara sebagai ruang untuknya menyesali apa yang beliau telah lakukan, jauh sekali untuk meninggalkan perjuangan yang sucinya. Penjaralah menjadi tempat untuknya menghafal al-Quran, menambahkan ilmu, memberi kesedaran kepada pemuda pemuda lain yang bersama dengannya, beruzlah kepada tuhannya dan juga sebagai medan untuknya menajamkan lagi pemikirannya.


Tubuhnya yang lemah tidak menghalang untuk bergiat aktif dalam membebaskan Palestin malah beliau cukup digeruni Israel

Lewat pembebasannya pada tahun 1997, ianya adalah sesuatu yang amat memeranjatkan dirinya. Semenjak dia dipenjarakan, dia tidak pernah bercita cita untuk dibebaskan. Dia rela dipenajarakan dari tunduk dan sujud kepada penjajah rejim Zionis Israel. Dia menceritakan bagaimana pada satu hari beliau telah diperintahkan untuk mengemaskan pakaian dan peralatannya oleh pegawai penjara berbangsa Yahudi. Dia menyangkakan bahawa dia akan dipindahkan ke penjara yang lain seperti kebiasaan yang dilakuakn kepada banduan banduan politik HAMAS. Seterusnya beliau dibawa di dalam van yang beliau pun tidak ketahui ke arah mana beliau akan dibawa, yang amat memeranjatkan apabila pintu van dibuka dia telah disambut oleh mendiang Raja Hussein yang terus memeluknya dan mencium dahinya...di a terkejut. Selepas diberitahu, barulah beliau mengetahui bahawa dia telah dibebaskan dalam proses penukaran di antara beliau dengan tahanan agen Mossad yang telah ditangkap oleh polis Jordan kerana percubaan membunuh Khaled Mishaal. Beliau pernah ditanya samada beliau mengaharapkan waktu pembebasan itu ataupun tidak, beliausegera menolaknya. Padanya, beliau tidak akan bertolak ansur dengan pihak penjajah semata mata untuk beliau dibebaskan dari penjara. Antara kata katanya yang masyhur : Jikalaulah mereka (rejim Zionis) menawarkan untuk aku dibebaskan dari penjara hanya dengan memakan buah tembikai pun, aku tidak akan melakukannya! ini kerana beliau amat menyukai buah tembikai, namun untuk tunduk dan menerima tawaran dari penjajah Zionis, itu tidak pernah terdapat dalam kamus hidup Syeikh Ahmad Yassin.




Syeikh dan jihad

Bapaku adalah ikon jihad Palestin di zaman moden ini. Walaupun keadaan dirinya yang lumpuh dan tidak membenarkan beliau untuk turut serta bersama para mujahidin, ianya tidak menjadi alasan baginya untuk tidak menyertai usaha jihad untuk memerdekan bumi Palestin sekadar yang beliau mampu. Beliau menyerahkan hartanya, dirinya dan juga pemikirannya untuk gerakan jihad di Palestin. Baginya jika beliau tidak mampu untuk menyertai para pemuda Palestin bertempur dengan tentera tentera rejim Israel, ianya bukan alasan baginya untuk tidak memikirkan dan mengusahakan proses jihad dan pembinaan para mujahid.

Seawal tahun 1948 lagi beliau telah terlibat dengan penubuhan kumpulan bersenjata rakyat Palestin yang berpusat di Gaza dalam usaha memerangi para pengganas Zionis. Beliau jugalah yang telah terlibat dalam memberikan khutbah khutbah dan usaha usaha pendidikan kepada rakyat Gaza demi menghasilkan para mujahidin di awal kembalinya dari Mesir. Beliau jugalah yang telah mencetuskan gelombang Intifadah yang pertama pada tahun 1987, dan juga bersama sama dengan Dr Abdul Aziz al-Rantisi dalam menubuhkan gerakan HAMAS yang merupakan bayang bayang yang menghantui kerajaan dan tentera rejim Zionis Israel. Beliau jugalah yang telah meniupkan semangat dengan khutbah khutbahnya dan juga perbuatannya ke dalam jiwa anak anak muda P alestin untuk terus bangkit dan berjuang menentang musuh musuh Zionis.

Demi menyampaikan mesej jihadnya jugalah dia kelihatan seperti tidak menghiraukan keselamatannya dan juga nyawanya. Bila beliau ditanyakan mengapa beliau tidak bersembunyi, mempunyai pengawal peribadi yang ramai dan memilih untuk ke sana dan ke mari dalam keadaan terbuka, beliau lantas menjawab : Agar anak anak muda Palestin yang lain mengambil pelajaran daripada akau untuk tidak takut pada kematian dan menyerahkan diri mereka kepada Allah S.W.T .

Dia amat gembira mendengar jika ada di antara pemuda pemuda Palestin yang berjaya menyerang tentera tentera rejim Zionis samada melalui serangn serangan mahupun melalui aksi bom syahid. Dia amat kagum dengan keberanian mereka dan juga keazaman mereka untuk mati sebagai para syuhada. Hanya sekali sahaja beliau menangisi kematian para mujahid Palestin yang syahid, iaitu kematian Syeikh Salah Syahadah, salah seorang pemimpin HAMAS yang telah dibunuh dengan bedilan roket dari helikopter Apache milik tentera rejim Israel. Beliau amat sedih lagi bila Syeikh Salah yang sentiasa berpesan kepada anggota HAMAS agar tidak mengadakan upacara memperingatinya dengan mengadakan demonstrasi jika beliau syahid dan juga tidak mengangkat gambar gambarnya. Dia atas sebab inilah Syeikh menghadiri pengkebumiannya hanya dengan duduk di atas kerusi rodanya sahaja dan bu kan di atas kereta seperti kebiasaannya.


Harapan

Apa yang diceritakan di sini bukanlah untuk berbangga dengan bapaku dan jauh sekali untuk memuji muji dirinya. Harapan kami agar para pemuda Islam, para pendokong gerakan Islam dan umat Islam keseluruhannya mengambil pengajaran dari kehidupan dan kematian Syeikh Ahmad Yassin. Harapan kami juga adalah untuk melihat bumi Palestin dan masjid al-Aqsa bebas kembali dan syariat Allah didaulatkan sekali lagi di muka bumi ini.

Apa itu Hamas

Gerakan Islam Hamas terpilih kepada kerajaan oleh Palestin pada tahun 2006 tetapi Israel, AS dan Kesatuan Eropah mengatakan itu adalah "pertubuhan pengganas" dan menolak untuk berbicara dengan wakilnya.



Hamas ditubuhkan pada 1987 oleh Sheik Ahmed Yassin pada awal intifada pertama (pemberontakan) orang-orang Palestin terhadap pendudukan Israel. sayap bersenjata Its, yang Ezzedine al-Qassam brigade, cepat menjadi terkenal kerana pengeboman bunuh diri dan bentuk kekerasan yang lain dari pembangkang terhadap Israel dan pendudukan di wilayah Palestin.

piagam pendirian Hamas menyeru penghancuran negara Israel dan penggantian dengan sebuah negara Islam yang meliputi Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan apa yang sekarang disebut Israel.

Intifada pertama selesai dengan perjanjian damai Oslo pada tahun 1993, yang menciptakan Pihak Berkuasa Palestin sebagai kerajaan sementara sedangkan butiran negara Palestin akhir tersebut dicoba untuk dilaksanakan.

Hamas, bersama-sama dengan kumpulan-kumpulan Palestin radikal, menentang perjanjian Oslo dan menolak untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya umum tahun 1996. Proses perdamaian runtuh dan pada tahun 2000 dengan intifada kedua berkobar.

Hamas menyertai dalam pilihan raya legislatif pada Januari 2006 dan memenangi 74 daripada 132 kerusi Majlis Perundangan Palestin.

Israel menolak untuk berurusan dengan kerajaan baru dan berhenti menyerahkan bahagian Palestin dari bea cukai. The "Quartet" yang disebut - Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Rusia dan PBB - dipotong semua bantuan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PNA), menuntut bahawa Hamas mengakui Israel dan meninggalkan tindakan bersenjata.

Setelah lima bulan krisis politik, pemerintahan persatuan Palestin dibentuk oleh parti majoriti bekas, Fatah, dan Hamas. Tetapi puak perjuangan terus berlanjut dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas membubarkan kerajaan pada bulan Jun 2007.

Tak lama kemudian, tentera awam militia Hamas 'memaksa ahli Fatah yang tersisa dari posisi kunci di Jalur Gaza, mengambil kawalan satu-satunya di wilayah ini dan meninggalkan Fatah mengawal Tebing Barat.

Kuartet kembali dana yang terhad kepada kerajaan Fatah Tebing Barat yang berikut pemotongan tersebut.

Hamas diamati sebahagian besar gencatan senjata sepihak antara tahun 2005 dan 2007 dan telah membuat beberapa menawarkan perdamaian dengan Israel, berdasarkan pemahaman bahawa Israel akan menarik diri ke sempadan 1967. Tapi itu berhenti singkat secara formal mengiktiraf hak Israel untuk wujud dan masih menganggap seluruh wilayah tanah air Palestin.

Ketua memberi semangat kepada pejuang2 islam(HAMAS) sepertimana yang diajar oleh baginda s.a.w.

Monday, December 6, 2010

Menagih Kemenangan Yang Dijanjikan, Bagaimana Aqidah Ummat Masa Ini?



Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :

“Dan menjadi kewajiban Kami menolong orang-orang yang beriman.” (ar-Rum: 47)

Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah menjanjikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman atas musuh-musuhnya. Sebuah janji yang pasti akan didatangkan kepada kita semua, orang-orang yang beriman.

Allah s.w.t. telah menolong Rasul-Nya pada perang Badar, Perang Ahzaab, dan peperangan-peperang an yang lain yang pernah beliau lakukan. Demikian pula, Allah telah menolong para sahabat Rasulullah s.a.w. sepeninggalan beliau dalam menghadapi musuh-musuh mereka, sehinggalah Islam tersebar luas ke segenap lapisan dan pelusuk dunia.

Kaum muslimin akan selalu mendapat pertolongan Allah walaupun banyak mengalami tragedi dan musibah. Memang, kesudahan yang baik pasti akan sentiasa bersama orang-orang yang beriman iaitu mereka yang benar-benar teguh dalam memegang keimanan dan ketauhidan dalam setiap ibadahnya, doanya, dan setiap apa jua perkara di dalam perjalanan hidupnya.

Al-Qur’an mengisahkan bagaimana keadaan kaum muslimin pada saat Perang Badar. Jumlah mereka sedikit, dan kelengkapan perang mereka juga berada pada tahap minima. Namun, mereka selalu yakin kepada Allah, sehingga mereka pun berdoa kepada Allah agar memberi mereka kemenangan. Allah berfirman yang bermaksud :

(ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut. (al-Anfal: 9)

Allah memperkenankan permohonan mereka, iaitu dengan menurunkan malaikat untuk berperang bersama mereka. Para malaikat itu ikut memenggal kepala orang-orang kafir dan memancung jari-jemari mereka. Di mana Allah menerangkan lagi di dalam firmannya yang bermaksud :
(ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan) , maka Tetapkanlah (hati) orang-orang Yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang Yang kafir Dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka" (al-anfal: 9)

Akhirnya kemenangan pun berpihak kepada orang-orang yang beriman.

Allah berfirman yang bermaksud :

Dan Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ali Imran: 123)

Dan doa Rasulullah s.a.w. ketika Perang Badar adalah (maksudnya):

“Ya Allah, seandainya Engkau hancurkan kelompok-kelompok orang-orang Islam ini, nescaya tidak ada yang menyembah Engkau lagi di bumi ini.” (Hadis Riwayat Muslim)

Akan tetapi, kita menyaksikan pemandangan di beberapa negara Islam, bagaimana kaum muslimin tidak mampu mengalahkan musuh-mush mereka. Mengapa perkara ini berlaku? Apakah puncanya sehingga umat Islam menjadi sedemikian lemah sekali? Apakah kerena Allah mengingkari janjinya?

Sudah tentu tidak!!! Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya...

Namun sebaliknya, kitalah yang perlu bertanya kepada diri kita sendiri, “Apakah kita telah melakukan selaras kehendak Allah bagi mendapatkan janji Allah itu?”

Sebenarnya, pada kesempatan yang ada ini kita perlu bertanya kepada para pejuang “berlabel Islam” kita... sudahkah mereka memenuhi prasyarat-prasyarat di mana agar pertolongan dan janji Allah itu turun.


Di antara prasyarat-prasyarat itu adalah:

1 – Mereka perlu mempersiapkan diri dengan bekal keimanan dan ketauhidan yang sebenar dan sahih. Dan itulah sebenarnya bekalan yang digunakan oleh para salafus-soleh di zaman Rasulullah s.a.w. sudahkah bekalan ini, mereka persiapkan?

Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan) , lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (az-Zumar: 3)

2 – Mereka harus melakukan usaha-usaha yang gigih untuk menggapai kemenangan yang mereka harapkan, sebagaimana diperintahkan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud :

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh) dengan segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (al-Anfal: 60)

3 – Mereka perlu sentiasa berdoa dan memohon kemenangan kepada Allah semata-mata, selama perjuangan berlangsung (tidak berputus asa). Dan tidak memohon pertolongan selain dari kepada Allah s.w.t. Mereka perlu mencontohi Rasulullah s.a.w. di dalam berdoa di mana Rasulullah hanya menujukan doanya itu kepada Allah semata-mata. Allah berfirman yang bermaksud :

Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertaqwa)? dan mereka menakutkanmu (Wahai Muhammad) Dengan Yang mereka sembah Yang lain dari Allah. dan (ingatlah) sesiapa Yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya Yang salah), maka tidak ada sesiapapun Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadaNya. (az-Zumar: 36)

4 – Mereka mesti bersatu padu, saling mengasihi dan mencintai di antara satu sama lain, serta meletakkan semangat yang kukuh di dalam dada-dada mereka. Di bawah petunjuk Allah dan Rasul-Nya.

Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar. (al-Anfal: 46)

Sudahkah kalian, wahai mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang-pejuang Islam melakukan hal-hal asas seperti yang demikian itu?

Ketika umat Islam tidak mahu mempedulikan lagi ke-sahihahan aqidah mereka, mengabaikan perintah-perintah agama mereka, meninggalkan kepentingan ilmu pengetahuan (baik dalam hal agama mahupun ilmu-ilmu lain yang bermanfaat), dan meninggalkan petunjuk Rasulullah (melalui hadis-hadis yang sahih), mengabaikan petunjuk al-Qur’an, maka... mereka pun akan diabaikan oleh Allah dari mendapat pertolongan yang dijanjikan, sehinggalah mereka benar-benar komited dalam tindakan mereka. Apakah kita masih tidur...


Ingatlah janji Allah:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Dia (Allah) akan menjadikan mereka berkuasa memegang pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka (fasik). (an-Nuur: 55)

Berkata Sheikh Soleh Fauzan al-Fauzan, di dalam kata pengantar kitab Minhajul Anbiya’ Fid Da’wati Ila Allah fihil Hikmatu wa ‘aql tentang ayat di atas (an-Nuur: 55) sebagai berikut:

Sebagaimana yang telah diisyaratkan (oleh Allah s.w.t.), tidak akan tercapai, kecuali setelah memperbaiki aqidah mereka dengan beribadah hanya kepada Allah dan meninggalkan penyembahan kepada selain-Nya. Dan mereka berkeinginan untuk mendahulukan adanya Daulah Islamiyah sebelum membersihkan negara dari aqidah-aqidah berhala, seperti penyembahan orang mati dan kebergantungan terhadap kuburan (serta masih bersama memenangkan aqidah selain daripada aqidah ahlus sunnah (syi’ah, muktazilah, khawarij, sufi, dll.) – tambahan penulis). Padahal hal tersebut tidak jauh berbeza dengan penyembahan terhadap Latta, Uzza, dan Manaat dan yang lainnya. Bahkan lebih dari itu, mereka mencari sesuatu yang lain yang mustahil adanya.

“Barangsiapa mencari kemuliaan, tanpa ada usaha yang keras, maka telah hilanglah usia akibat mencari kemustahilan” (Rujuk; Minhajul Anbiya’ Fid Da’wati Ila Allah fihil Hikmatu wa ‘aql, karangan sheik Dr. Rabi Bin Hadi ‘Umair al-Madkhaly)

Di dalam tafsir al-‘azim, oleh al-Hafidz Ibnu Katheer, diterangkan bagaimana dakwah nabi yang bermula dengan dakwah tauhid yang mana ummat berada dalam kesengsaraan pada awalnya (penindasan puak kafir), akhirnya berjaya mendidik ummat pada masa itu (para sahabat – pembinaan generasi salafus soleh) sehingga mampu menguasai (menang) ke atas Mekah, Khaybar, Bahrayn, dan seluruh wilayah semenanjung Arab dan Yamen; dan mereka berupaya mengambil Jizyah daripada Zoroastrians di Hajar dan daripada beberapa wilayah di sempadan Syria; dan seterusnya berjaya mengadakan hubungan (menundukkan) wilayah yang lain seperti Byzantium, Mesir, dan lain-lain... dan kegemilangan pemerintahan ini berterusan sehinggalah ke zaman khalifah yang seterusnya.. . (Rujukan: surah an-Nuur: 51-55, Tafsir Ibn Kathir, english Edition, Terbitan Darussalam)


5 – Binalah aqidah yang benar dan bersihkanlah segala bentuk kesyirikan, kekufuran, dan penyelewengan aqidah dengan sebenar-benarnya, dengan:

- Tidak berjuang bersama-sama orang-orang (yang jelas) yang menentang Allah s.w.t. dan tidak berkompromi dengan kaum yang menyelisihi Allah dan Rasul-Nya.
(rujuk 59: 14 & 16)

- Mendahulukan dakwah aqidah (sebagai keutamaan), bukan dakyah politik kepartian. (rujuk 23: 52-53)

- Bersatu dengan berpegang kepada sunnah Rasul-Nya walaupun sehingga terpaksa menggigitnya dengan geraham-geraham. (al-hadis – Sahih: imam az-Zhahabi)

- Tidak mengambil jalan dakwah yang terang-terang menyimpang dari jalan yang dibawa Rasulullah s.a.w. (20: 123, 3: 103)

- Menyeru ummat kepada aqidah yang sahih dan bukan kepada Daulah Islamiyyah tanpa asas aqidah. (16: 36, 7: 59, 65, 73, 85)

- Tidak banyak tanya (dalih) kepada apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. (24: 51)

- Menjaga adab sebagai pejuang dan pendakwah Islam. (3: 159)

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan Kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. (an-Nuur: 51)

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan. (an-Nuur: 52)

Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (al-Hujuraat: 1)
Perjuangan “berlabel Islam” yang disertakan kesyirikan di dalamnya dengan meninggalkan (mengabaikan) petunjuk yang sedia ada (Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya), percayalah.. . ia pasti gagal, dan hanya menambahkan lebih banyak penyimpangan. ..

Allahu ‘alam...

Sunday, December 5, 2010

JEJAK KAKIKU DITANAH BUMI YANG SUCI


Salam semua terutama ibubapa ana yang kini mengerjakan ibadah Haji...^_^
Untuk di kongsikan bagaimana perasaan apabila tiba di bumi Mekah dan Madinah dan juga penziarahan ke Jordan...


Laut mati di Jordan yang masinnya yang tidak terhingga sehingga boleh menyebabkan luka


Berlatar belakang pemandangan berhampiran dengan kedai(~.~)

Kami menjalankan aktiviti seperti yang dirancangkan.Perasaan gembira sehingga tidak dapat di bayangkan.Allah sahaja yang dapat menilai kegembiraanku.Ku melihat pelbagai bangsa dan negara dari seluruh dunia.Umpama semut sedang bekerja apabila di lihat dari atas hotel.

"Barangsiapa menziarahi Mekah Al-Muakrramah maka hendaklah juga ziarah ke Masjidil Nabawi Al-Munawarah"



"Barangsiapa bersembahyang di masjidku yakni Masjid Nabawi maka ia akan beroleh 1000 kali ganda solat fardhu dan barangsiapa bersembahyang di Makkah Al-Mukarramah maka akan beroleh 1000000 kali ganda solat fardhu dan barangsiapa yang bersembahyang di Masjidil Aqsa maka ia akn beroleh 500 kali ganda solat fardhu"

Wednesday, December 1, 2010

Salam^_^


Salam buat semua..
Ya Allah aku bersyukur kpd-Mu yg telah kembalikan blog ini...
Perasaan gembira ana x dpt di bayangkan selepas ana tawakkal kpd Allah...
Akhirnya dgn izin Allah, Dia telah membenarkan ana untuk meneruskan kerja2 dakwah...
Subhanallah, bukan senang untuk berdakwah jika tidak tahu caranya...
Betapa hebatnya zaman Rasulullah, mcm beliau mendakwah sehingga tersebar ke seluruh dunia..
Keluar pagi dalam keadaan yang bersih..
Apabila pulang dalam keadaan compang camping dan comot momot...
Nak kongsikan disini betapa hebatnya Rasulullah apabila berdakwah
dari satu khemah ke khemah..
Semasa Rasulullah masuk ke khemah untuk menyeru supaya mereka yang masih jahil untuk memeluk islam...tahu apa yang mereka buat..??
Nabi terpelanting terkeluar dari khemah lalu masuk termasuk ke dalam khemah yang berada di hadapan khemah tersebut...
Betapa sabarnya Rasulullah semasa berdakwah ke seluruh Kota Mekah..
Namun masih ramai lagi yang tidak kenal apa itu Islam...
Sama2 lah kita berdoa supaya Allah membuka pintu hati bagi mereka yang masih jahil termasuk ana...

Kau Seorang Pejuang...:-)

Terjemahjan maksud di bawah ni...
Fuhh, x tawu nk kata pe...^_^

Jelmaanmu merentas bongkah sendu
Mengorban naluri merungkai pilu
Mengharungi gurun tanpa bayu
Isteriku...
Kehadhiranmu adalah mustika
Mengerlip cahaya sakinah
Laksana bintang membentuk arah burujnya
Isteriku...
Saban waktu, dirimu abdi di gobokku
Senyum manismu menenang jiwaku
Kerlinganmu mengorak senyumku
Kesetiaanmu menyejuk mataku
Isteriku...
Ketika kesejukan mataku
Memandang wajahmu duhai isteriku
Memori ini mengimbau zaman remajaku
Dikala kuhamparkan tangan ke awan biru
Merintih harap isteri yang solehah
Penyejuk mata dan penyeri rumahtangga
Isteriku...
Di senjakala, ku menongkat resah
Dirimu tersangkar dalam kemiskinanku
Dirimu tak punya manikam permata untuk kukalungkan
Tiada nota ringgit untuk kuunjukkan
Tiada lambang kemewahan untukku hamparkan
Dirimu hanya ku langir debu
Ku balutkan jubah
Ku hilangkan dahagamu secangkir cuma
Ku hambat bosanmu seketika sahaja
Isteriku...
Di hening subuh ku merenung sayu
Dirimu kesepian dalam kesibukkanku
Hari-hari berlabuh kita berasingan
Kesedihanmu, sementara diriku di medan
Kesakitanmu pun tiada aku disisi
Rumahku, dirimulah penanti setia
Sementara bagiku, ia hanyalah dangau persinggahan
Isteriku...
Dirimu masih setia dalam sangkar yang sepi
Demi nilai cinta dan ketaatanmu
Isteriku...
Dongaklah wajahmu ke atas
Hulurlah tanganmu ke hadapan
Tabahlah duhai isteriku
Tidakkan ku sia siakan hidupmu
Kan ku hidangkan ilmu buatmu
Kan ku bawamu ke alam perjuangan
Kan ku hantarkan ke perlembahan hidayah
Isteriku...
Bajailah cinta kita
Tenggelamkanlah kemelut rasamu
Isteriku...
Diriku tetap setia disampingmu
Sungguhpun kita jarang bertemu
Sayang isteriku... sayang isteriku

Ta'lim,ta'dib dan tarbiyah

Salam semua pejuang2 islam...
Sesetengah org x brp taw apa yg dmaksudkn dgn ta'lim, ta'dib dan tarbiyah..
Klu ada masa baca la..^_^
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan Tuhanmu-lah yang maha pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak di ketahuinya.”
Dunia pendidikan dalam Islam mendapatkan perhatian yang utama selain masalah ketahuidan. Surat Al-Alaq, sebagai wahyu pertama, secara tersirat menyuruh umat manusia untuk tidak serta merta “beriman” sebelum adanya “ilmu” sehingga orang bertauhid bukanlah tanpa dasar. Ruang “dialogis keimanan” ini memberikan kesempatan kepada manusia untuk berpikir secara”hanif”, tanpa ada paksaan, untuk menerima ketauhidan universal Islam. Pendidikan dalam Islam bukanlah sebuah “transfer of knowledge” semata, pemindahan ilmu dari guru-murid, tanpa adanya dialog-dialog kritis dari kedua belah pihak (guru-murid), sebagaimana digambarkan dalam dialog antara Nabi Muhammad dengan Jibril saat menerima wahyu pertama di gua Hira’. Dengan adanya “umpan balik” antara guru-murid melahirkan berbagai macam konsep-konsep pendidikan dalam Islam, diantaranya:ta’lim, ta’dib dan tarbiyah. Kosep ini semua bermuara pada pendidikan transformatif, pendidikan yang menghantarkan peserta didik menjadi “ahsanu taqwim”.
Pengertian ta’lim, ta’dib, dan tarbiyah.
Ta’lim, secara bahasa berarti pengajaran (masdar dari ‘alama-yu’alimu-ta’liman), secara istilah berarti pengajaran yang bersifat pemberian atau penyampian pengertian, pengetahuan dan ketrampilan. Menurut Abdul Fattah Jalal, ta’lim merupakan proses pemberian pengatahuan, pemahaman, pengertian, tanggung jawab, sehingga diri manusia itu menjadi suci atau bersih dari segala kotoran sehingga siap menerima hikmah dan mampu mempelajari hal-hal yang bermanfaat bagi dirinya ( ketrampilan). Mengacu pada definisi ini, ta’lim, berarti adalah usaha terus menerus manusia sejak lahir hingga mati untuk menuju dari posisi ‘tidak tahu’ ke posisi ‘tahu’ seperti yang digambarkan dalam surat An Nahl ayat 78, “dan Allah mengeluarkan dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati agar kamu bersyukur”.
Ta’dib, merupakan bentuk masdar dari kata addaba-yuaddibu-ta’diban, yang berarti mengajarkan sopan santun. Sedangkan menurut istilah ta’dibdiartikan sebagai proses mendidik yang di fokuskan kepada pembinaan dan penyempurnaan akhlak atau budi pekerti pelajar.
Menurut Sayed Muhammad An-Nuquib Al-Attas, kata ta’dib adalah pengenalan dan pengakuan yang secara berangsur-angsur ditanamkan kepada manusia tentang tempat-tempat yang tepat dari segala sesuatu dalam tatanan penciptaan sedemikian rupa, sehingga membimbing ke arah pengenalan dan pengakuan kekuasaan dan keagungan Tuhan dalam tatanan wujud keberadaan-Nya. Definisi ini, ta’dib mencakup unsur-unsur pengetahuan (ilmu), pengajaran (ta’lim), pengasuhan (tarbiyah). Oleh sebab itu menurut Sayed An-Nuquib Al Attas, tidak perlu mengacu pada konsep pendidikan dalam Islam sebagai tarbiyah, ta’lim, dan ta’dibsekaligus. Karena ta’dib adalah istilah yang paling tepat dan cermat untuk menunjukkan dalam arti Islam.
Tarbiyah, merupkan bentuk masdar dari kata robba-yurabbi-tarbiyyatan, yang berarti pendidikan. Sedangkan menurut istilah merupakan tindakan mangasuh, mendididk dan memelihara.
Muhammad Jamaludi al- Qosimi memberikan pengertian bahwa tarbiyahmerupakan proses penyampian sesuatu batas kesempurnaan yang dilakukan secara setahap demi setahap. Sedangkan Al-Asfahani mengartikantarbiyah sebagai proses menumbuhkan sesuatu secara setahap dan dilakukan sesuai pada batas kemampuan.
Menurut pengertian di atas, tarbiyah diperuntukkan khusus bagi manusia yang mempunyai potensi rohani, sedangkan pengertian tarbiyah yang dikaitkan dengan alam raya mempunyai arti pemeliharaan dan memenuhi segala yang dibutuhkan serta menjaga sebab-sebab eksistensinya.
Analisis perbandingan antara konsep ta’lim’, ta’dib dan tarbiyah
Istilah ta’lim’, ta’dib dan tarbiyah dapatlah diambil suatu analisa. Jika ditinjau dari segi penekanannya terdapat titik perbedaan antara satu dengan lainnya, namun apabila dilihat dari unsur kandungannya, terdapat keterkaitanyang saling mengikat satu sama lain, yakni dalam hal memelihara dan mendidik anak.
Dalam ta’lim, titik tekannya adalah penyampain ilmu pengetahuan yang benar, pemahaman, pengertian, tanggung jawab dan penanaman amanah kepada anak. Oleh karena itu ta’lim di sini mencakup aspek-aspek pengetahuan dan ketrampilan yang di butuhkan seseorang dalam hidupnya dan pedoman perilaku yang baik.
Sedangkan pada tarbiyah, titik tekannya difokuskan pada bimbingan anak supaya berdaya (punya potensi) dan tumbuh kelengkapan dasarnya serta dapat berkembang secara sempurna. Yaitu pengembangan ilmu dalam diri manusia dan pemupukan akhlak yakni pengalaman ilmu yang benar dalam mendidik pribadi.
Adapun ta’dib, titik tekannya adalah pada penguasaan ilmu yang benar dalam diri seseorang agar menghasilkan kemantapan amal dan tingkah laku yang baik.
Denga pemaparan ketiga konsep di atas dapat ditarik kesimpulan bahwa ketiganya mempunyai satu tujuan dalam dunia pendidikan yaitu menghantarkan anak didik menjadi yang “seutuhnya”, perfect man, sehingga mampu mengarungi kehidupan ini dengan baik. waAllahu ‘alam.

Friday, November 19, 2010

Amr Ibnu Jamuh

Ia adalah ipar dari Abdullah bin Ami bin Harem, karena menjadi suami dari saudara perempuan Hindun bintj Amar; Ibnul Jamuh merupakan aalah swrang tokoh penduduk Madinah dan salah seorang pemimpin Bani Salamah….
Ia didahului masuk Islam oleh putranya Mu’adz bin Arnr yang termasuk kelompok 70 peserta bai’at ‘Aqabah. Bersama shahabatnya Mu’adz bin Jabal, Mu’adz bin Amr ini menyebarkan Agama Islam di kalangan penduduk Madinah dengan keberanian luar biasa sebagai layaknya pemuda Mu’min yang gagah perwira….

Telah menjadi kebiasaan bagi golongan bangsawan di Madinah, menyediakan di rumah masing~masing duplikat berhala-berhala besar yang terdapat di-tempat-tempat pemujaan umum yang.dikunjungi oleh orang banyak. Maka sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang bangsawan dan pemimpin Amru bin Jamuh juga mendirikan berhala di rumahnya yang dinamakan Manaf.

Putranya, Mu’adz bin Amr bersama temannya Mu’adz bin Jabal telah bermufakat akan menjadikan berhala di rumah bapaknya itu sebagai barang permainan dan penghinaan. Di waktu malam mereka,menyelinap ke dalam rumah, lain mengambil berhala itu dan membuangya ke dalam Lubang yang biasa digunakan manusia untuk membuang hajatnya.
Pagi harinya Amr tidak melihat Manaf berada di tempatnya yang biasa, maka dicarinyalah berhala itu dan akhirnya ditemukannya di tempat pembuangan hajat. Bukan main marahnya Amr, lain bentaknya: “Keparat siapa yang telah melakukan perbuatan durhaka terhadap tuhan-tuhan kita malam tadi…?”Kemudian dicuci dan dibersihkannya berhala itu dan dibelinya wangi-wangian.
Malam berikutnya, berdua Mu’adz bin Amr dan Mu’adz bin Jabal memperlakukan berhala itu seperti pada malam sebelumnya. Demikianlah pula pada malam-malam selanjutnya. Dan akhirnya setelah merasa bosan, Amar mengambil pedangnya lalu menaruhnya di leher Manaf, sambil berkata: ”Jika kamu betul-betul dapat memberikan kebaikan, berusahalah untuk mempertahankan dirimu … !”
Pagi-pagi keesokan harinya Amr tidak menemukun berhalanya di tempat biasa… tetapi ditemukannya kali ini di tempat pembuangan hajat itu tidak sendirian, berhala itu terikat bersama bangkai seekar aniing dengan tali yang kuat, Dan selagi ia dalam keheranan, kekeeewaan serta amarah, tiba-tiba datangtah ke tempatnya itu beberapa orang hangsawan Madinah yang telah masuk Islam. Sambil menunjuk kepada berhala yang tergeletak tidak berdaya dan terikat pada bangkai anjing itu, mereka mengajak akal budi dan hati nurani Amr bin Jamuh untuk berdialog serta membeberkan kepadanya perihat Tuhan yang sesungguhnya, Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi, yang tidak satupun yang menyamai-Nya. Begitupun tentang Muhammad shallallahu alaihi wasalam orang yang iujur dan terpercaya, yang muneul di arena kehidupan ini untuk memberi bukan untuk menerima, untuk memberi petunjuk dan bukan untuk menyesatkan. Dan mengenai Agama. Islam yang datang untuk membebaskan manusia dari belenggu segala macam belenggu dan menghidupkan pada mereka rub Allah serta menerangi dalam hati mereka dengan cahaya-Nya.
Maka dalam beberapa saat, Amr telah menemukan diri dan harapannya … Beberapa saat kemudian ia pergi, dibersihkahnya pakaian dan ·badannya lain memakai minyak wangi dan merapikan diri, kemudian dengan kening tegak dan jiwa bersinar ia pergi untuk bai’at kepada Nabi teiakhir, dan menempati kedudukannya di barisan orang-orang- beriman.
Mungkin ada yang bertanya, kenapa orang-orang seperti Amr ibnul Jamuh, yang merupakan pemimpin dan bangsawan di kalangan suku bangsanya, kenapa mereka sampai mempercayai berhala-berhala itu sedemikian rupa… ? Kenapa akal fikiran mereka tak dapat menghindarkan diri dari kekebalan dan ketololan itu … ? Dan kenapa sekarang ini …setelah mereka menganut Islam dan memberikan pengurbanan … kita menganggap mereka sebagai orang-orang besar…..?
Di masa sekarang ini, pertanyaan seperti itu mudah saja timbul, karena bagi anak kecil sekalipun tak masuk dalam akalnya akan mendirikan di rumahnya barang yang terbuat dari kayu lalu disembahnya …, walaupun masih ada para ilmuwan yang menyembah patung.
Tetapi di zaman yang silam, kecenderungan-kecenderungan manusia terbuka luas untuk menerima perbuatan-perbuatan aneh seperti itu di mana kecerdasan dan daya fikir mereka tiada berdaya menghadapi arus tradisi kuno tersebut ….
Sebagai contoh dapat kita kemukakan di sini, Athena. Yakni Athena di masa Perikles, Pythagoras dan Socrates! Athena yang telah mencapai tingkat berfikir yang menakjubkan, tetapi seluruh penduduknya, baik para filosof, tokoh-tokoh pemerintahan sampai kepada rakyat biasa, mempercayai patung-patung yang dipahat, dan memujanya sampai taraf yang amat hina dan memalukan! Sebabnya ialah karena rasa keagamaan di masa-masa yang telah jauh berselang itu tidak mencapai garis yang sejajar dengan ketinggian alam fikiran mereka….
Amr ibnul Jamuh telah menyerahkan hati dan hidupnya kepada Allah Rabbul-Alamin. Dan walaupun dari semula ia telah berbai’at pemurah dan dermawan,tetapi Islam telah melipatgandakan kedermawanannya ini, hingga seluruh harta kakayaannya diserahkannya untuk Agama dan kawan-kawan seperjuangannya.
Pernah Rasulullab shallallahu alaihi wasalam menanyakan kepada segolongan Bani Salamah yaitu suku Amr ibnul Jamuh, katanya: “Siapakah yang menjadi pemimpin kalian, hai Bani Salamah?” Ujar mereka: “AlJaddu bin Qeis, hanya sayang ia kikir …. “. Maka sabda Rasulullah pula: “Apa lagi penyakit yang lebih parah dari kikir!
Kalau begitu pemimpin kalian ialah si Putih Keriting, Amr ibnul Jamuh…!”Demikianlah kesaksian dari Rasululiah shallallahu alaihi wasalam ini merupakan penghormatan besar bagi Amr….. ! Dan mengenai ini seorang penyair Anshar pernah berpantun:
“Amr ibnul Jamuh membiarkan kedermawanannya merajalela, dan memanng wajar, bila ia dibiarkan berkuasa, jika datang permintaan, dilepasnya kendali hartanya, silakan ambil, ujarnya, karena esok ia akan kembali ,berlipatganda!”
Dan sebagaimana ia dermawan membaktikan hartanya di jalan Allah, maka Amr ibnul Jamuh tak ingin sifat pemurahnya akan kurang dalam menyerahkan jiwa raganya… ! Tetapi betapa caranya..? Kakinya yang pincang menjadi penghadang badanya untuk ikut dalam peperangan. Ia mempunyai empat orang putra, semuanya beragama islam dan semuanya satria bagaikan singa, dan ikut bersama Nabi shallallahu alaihi wasalam dalam setiap peperangan serta tabah dalam menunaikan tugas perjuangan ….
Amr telah berketetapan hati dan telah menyiapkan peralatannya untuk turut dalam perang Badar, tetapi putra-putranya memohon kepada Nabi agar ia mengurungkan maksudnya dengan kesadaran sendiri, atau bila terpaksa dengan larangan dari Nabi.
Nabi pun menyampaikan kepada Amr bahwa Islam membebaskan dirinya dari kewajiban perang, dengan alasan ketidak mampuan disebabkan cacad kakinya yang berat itu. Tetapi ia tetap mendesak dan minta diidzinkan, hingga Rasulullah terpaksa mengeluarkan perintah agar ia tetap tinggal di Madinah.
Sekarang datanglah Masanya perang Uhud. Amr lalu pergi menemui Nabi saw. memohon kepadanya agar diidzinkan turut, katanya: “Ya Rasulallah, putra-putraku bermaksud hendak menghalangiku pergi bertempur bersama anda. Demi Allab, aku amat berharap kiranya dengan kepincanganku ini aku dapat merebut surga… !’·Karena permintaannya yang amat sangat, Nabi saw memberinya idzin Untuk turut. Maka diambilnya alat-alat senjatanya, dan dengan hati yang diliputi oleh rasa puas dan gembira, ia berjalan berjingkat-jingkat. Dan dengan suara beriba-iba ia memohon kepada Allah: “Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk menemui syahid, dan janganlah aku; dikembalikan kepada keluargaku…..!”
Dan kedua pasukan pun bertemulah dihari uhud itu….. Amr ibnul Jamuh bersama keempat putranya maju ke depan menebaskan pedangnya kepada tentara penyeru kesesatan dan pasukan syirik…..
Di tengah-tengah pertarungan yang hiruk pikuk itu Amr melompat dan bersijingkat, dan sekali lompat pedangnya menyambar satu kepala dari kepala-kepala orang musyrik. Ia terus melepaskan pukulan-pukulan pedangnya ke kiri ke kanan dengan tangan kanannya, sambil menengok ke sekelilingnya, seolah-olah merrgharapkan kedatangan Malaikat dengan secepatnya yang akan menemani dan meng awalnya masuk suga.
Memang, ia telah memohon kepada Tuhannya agar diberi syahid dan ia yakin bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala, pastilah akan mengabulkannya. Dan ia rindu, amat rindu sekali akan berjingkat dengan kakinya yang pincang itu dalam surga, agar ahli surga itu sama mengetahui bahwa Muhammad Rasulullah saw itu tahu bagaimana caranya memilih shahabat dan bagaimana pula mendidik dan menempa manusia….
Dan apa yang ditunggu-tunggunya itu pun tibalah, suatu pukulan pedang yang berkelebat …, memaklumkan datangnya saat keberangkatan…..,yakni keberangkatan seorang syahid yang mulia, menuju surga jannatul khuldi, surga Firdausi yang abadi… !
Dan tatkala Kaum Muslimin memakamkan-para syuhada mereka, Rasulullah shallallahu alaihi wasalam mengeluarkan perintah yang telah kita dengar dulu, yaitu: -
“Perhatikan, tanamkanlah jasad Abdullah bin Amr bin Haram dan Amr ibnul Jamuh di makam yang satu, karena selagi hidup mereka adalah dua orang shahabat yang setia dan bersayang-sayangan .. _ !”
Kedua shahabat yang bersayang-sayangan dan telah menemui syahid itu dikuburkan dalam sebuah makam, yakni dalam pangkuan tanah yang menyambut jasad mereka yang suci setelah menyaksikan kepahlawanan mereka yang luar biasa.
Dan setelah beralu mesa selama 46 tahun di pemakaman dan penyatuan mereka, datanglah banjir besar yang melanda dan menggenangi tanah pekuburan disebabkan digalinya sebuah mata air yang dialirkan Muswiyah melalui tempat itu. Kaum Muslimin pun segera memindahkan kerangka para syuhada.
Kiranya mereka sebagai dilukiskan oleh orang-orang yang ikut memindahkan mereka: “Jasad mereka menjadi lembut, dan ujung-ujung anggota tuhuh mereka jadi melengkung … !”
Ketika itu Jabir bin Abdullah masih hidup. Maka bersama keluarganya ia pergi memindahkan kerangka bapaknya Abdullah bin Amr bin Haram serta kerangka bapak kecilnya Amr ibnul Jamuh …. Kiranya mereka dapati kedua mereka dalam kubur seolah-olah sedang tidur nyenyak .. .:. Tak sedikit pun tubuh mereka dimakan tanah, dan dari kedua bibir masing-masing belum hilang senyuman manis alamat ridha dan bangga yang telah terlukis semenjak mereka dipanggil untuk menemui Allah dulu.
Apakah anda sekalian merasa heran … ? Tidak, jangan tuan-tuan merasa heran … ! Karena jiwa-jiwa besar yang suci lagi bertaqwa, yang mampu mengendalikan arah tujuan hidupnya, membuat tubuh-tubuh kasar yang menjadi tempat kediamannya, memiliki semaeam ketahanan yang dapat menangkis sebab-sebab kelapukan dan mengatasi beneana-bencana tanah.

Imam Hassan Al Bana






Hassan al Banna (14 Oktober 1906 - pada petang 12 Februari, 1949, Arab:حسن البنا) merupakan reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun.
Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.
Bapanya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman bin Muhammed al-Banna, merupakan seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal, lulusan Universiti Al-Azhar, yang menulis dan menyumbang menulis kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam dan juga memiliki kedai membaiki jam dan menjual gramophone. Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna turut mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan, dan dia banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.
Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Banna dan isterinya memiliki sedikit harta, mereka bukannya orang yang kaya dan bertungkus lumus untuk mencari nafkah, terutama selepas berpindah ke Kaherah pada 1924; sebagaimana yang lain, mereka mendapati bahawa pendidikan Islam dan kealiman seseorang tidak lagi dihargai di ibu negara itu, dan hasilkerja tangan mereka tidak mampu menyaingi industri besar-besaran.. (Mitchell 1969, 1; Lia 1998, 22-24)
Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. (Mitchell 1969, 2; Lia 25-26). Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.
Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British. (Mitchell 1969, 3; Lia 1998, 26-27)
Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional. (Mitchell 1969, 2-4; Lia 1998, 28-30)
Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5)
Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.
Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.
Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka "matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan". Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez. (Mitchell 1969, 6)
Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.
Di Ismailiyya, sebagai tambahan kepada kelas siangnya, dia melaksanakan matlamatnya memberi kelas malam bagi keluarga anak muridnya. Dia juga berceramah di masjid, malah dikedai kopi, yang masa itu masih baru dan dipertikaikan nilai moralnya. Pada awalnya, sesetengah pandangannya berkenaan perlaksanaan Islam yang mudah mendorong kepada tentangan hebat dengan elit keagamaan tempatan, dan dia mengamalkan polisi mengelakkan kontrovesi agama. (Mitchell 1969, 7; Lia 1998, 32-35)
Dia sedih dengan tanda-tanda jelas pengawalan ketenteraan dan ekonomi di Isma'iliyya: kem ketenteraan British, kemudahan awam dimiliki oleh kepentingan luar, dan tempat tinggal mewah milik pekerja Syarikat Terusan Suez, bersebelahan dengan rumah haram pekerja Mesir. (Mitchell 1969, 7)
Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.
Ternyata Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.
Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.
Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.


Hasan Al Basri

Suatu hari ummahatul mu’minin, Ummu Salamah, menerima khabar bahwa mantan "maula" (pembantu wanita)-nya telah melahirkan seo¬rang putera mungil yang sehat. Bukan main gembiranya hati Ummu Salamah mendengar berita tersebut. Diutusnya seseorang untuk mengundang bekas pembantunya itu untuk menghabiskan masa nifas dirumahnya.

Ibu muda yang baru melahirkan tersebut bernama Khairoh, orang yang amat disayangi oleh Ummu Salamah. Rasa cinta ummahatul mu’minin kepada bekas maulanya itu, membuat ia begitu rindu untuk segera melihat puteranya. Ketika Khairoh dan puteranya tiba, Ummu Salamah memandang bayi yang masih merah itu dengan penuh sukacita dan cinta. Sungguh bayi mungil itu sangat menawan. "Sudahkah kau beri nama bayi ini, ya Khairoh?" tanya Ummu Salamah. "Belum ya ibunda. Kami serahkan kepada ibunda untuk menamainya" jawab Khai¬roh. Mendengar jawaban ini, ummahatul mu’minin berseri-seri, seraya berujar "Dengan berkah Allah, kita beri nama Al-Hasan." Maka do’apun mengalir pada si kecil, begitu selesai acara pembe¬rian nama.

Al-Hasan bin Yasar – atau yang kelak lebih dikenal sebagai Hasan Al-Basri, ulama generasi salaf terkemuka – hidup di bawah asuhan dan didikan salah seorang isteri Rasulullah SAW: Hind binti Suhail yang lebih terkenal sebagai Ummu Salamah. Beliauadalah seorang puteri Arab yang paling sempurna akhlaqnya dan paling kuat pendiriannya, ia juga dikenal – sebelum Islam – sebagai penulis yang produktif. Para ahli sejarah mencatat beliau sebagai yang paling luas ilmunya di antara para isteri RasulullahSAW.

Waktu terus berjalan. Seiring dengan semakin akrabnya hubun¬gan antara Al-Hasan dengan keluarga Nabi SAW, semakin terbentang luas kesempatan baginya untuk ber"uswah" (berteladan) pada ke¬luarga Rasulullah SAW. Pemuda cilik ini mereguk ilmu dari rumah-rumah ummahatul mu’minin serta mendapat kesempatan menimba ilmu bersama sahabat yang berada di masjid Nabawiy.

Ditempa oleh orang-orang sholeh, dalam waktu singkat Al-Hasan mampu meriwayatkan hadist dari Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Abu Musa Al-Asy’ari, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Anas bin Malik dan sahabat-sahabat RasuluLlah lainnya.Al-Hasan sangat mengagumi Ali bin Abi Thalib, karena keluasan ilmunya serta kezuhudannya. Penguasan ilmu sastra Ali bin Abi Thalib yang demikian tinggi, kata-katanya yang penuh nasihat dan hikmah, membuat Al-Hasan begitu terpesona.

Pada usia 14 tahun, Al-Hasan pindah bersama orang tuanya ke kota Basrah, Iraq, dan menetap di sana. Dari sinilah Al-Hasan mulai dikenal dengan sebutan Hasan Al-Basri. Basrah kala itu terkenal sebagai kota ilmu dalam Daulah Islamiyyah. Masjid-masjidyang luas dan cantik dipenuhi halaqah-halaqah ilmu. Para sahabat dan tabi’in banyak yang sering singgah ke kota ini.Di Basrah, Hasan Al-Basri lebih banyak tinggal di masjid, mengikuti halaqah-nya Ibnu Abbas. Dari beliau, Hasan Al-Basri banyak belajar ilmu tafsir, hadist dan qiro’at. Sedangkan ilmu fiqih, bahasa dan sastra dipelajarinya dari sahabat-sahabat yanglain. Ketekunannya mengejar dan menggali ilmu menjadikan Hasan Al-Basri sangat ‘alim dalam berbagai ilmu. Ia terkenal sebagai seorang faqih yang terpercaya.

Keluasan dan kedalaman ilmunya membuat Hasan Al-Basri banyak didatangi orang yang ingin belajar langsung kepadanya. Nasihat Hasan Al-Basri mampu menggugah hati seseorang, bahkan membuat para pendengarnya mencucurkan air mata. Nama Hasan Al-Basri makin harum dan terkenal, menyebar ke seluruh negeri dan sampai pula ke telinga penguasa.

Ketika Al-Hajaj ats-Tsaqofi memegang kekuasan gubernur Iraq, ia terkenal akan kediktatorannya. Perlakuannya terhadap rakyat¬ terkadang sangat melampaui batas. Nyaris tak ada seorang pun penduduk Basrah yang berani mengajukan kritik atasnya atau menen¬tangnya. Hasan Al-Basri adalah salah satu di antara sedikit penduduk Basrah yang berani mengutarakan kritik pada Al-Hajaj. Bahkan di depan Al-Hajaj sendiri, Hasan Al-Basri pernah menguta¬rakan kritiknya yang amat pedas.

Saat itu tengah diadakan peresmian istana Al-Hajaj di tepian kota Basrah. Istana itu dibangun dari hasil keringat rakyat, dan kini rakyat diundang untuk menyaksikan peresmiannya. Saat itu tampillah Hasan Al-Basri menyuarakan kritiknya terhadap Al-Hajaj:"Kita telah melihat apa-apa yang telah dibangun oleh Al-Hajaj. Kita juga telah mengetahui bahwa Fir’au membangun istana yang lebih indah dan lebih megah dari istana ini. Tetapi Allah menghancurkan istana itu … karena kedurhakaan dan kesombongannya …"Kritik itu berlangsung cukup lama. Beberapa orang mulai cemas dan berbisik kepada Hasan Al-Basri, "Ya Abu Sa’id, cukupkanlah kritikmu, cukuplah!" Namun beliau menjawab, "Sungguh Allah telah mengambil janji dari orang-orang yang berilmu, supaya menerangkan kebenaran kepada manusia dan tidak menyembunyikannya."

Begitu mendengar kritik tajam tersebut, Al-Hajaj menghardik para ajudannya, "Celakalah kalian! Mengapa kalian biarkan budak dari Basrah itu mencaci maki dan bicara seenaknya? Dan tak seo¬rangpun dari kalian mencegahnya? Tangkap dia, hadapkan kepadaku!" .

Semua mata tertuju kepada sang Imam dengan hati berge¬tar. Hasan Al-Basri berdiri tegak dan tenang menghadapi Al-Hajaj bersama puluhan polisi dan algojonya. Sungguh luar biasa ketenan¬gan beliau. Dengan keagungan seorang mu’min, izzah seorang muslim dan ketenangan seorang da’i, beliau hadapi sang tiran.

Melihat ketenangan Hasan Al-Basri, seketika kecongkakan Al-Hajaj sirna. Kesombongan dan kebengisannya hilang. Ia langsung menyambut Hasan Al-Basri dan berkata lembut, "Kemarilah ya Abu Sa’id …" Al-Hasan mendekatinya dan duduk berdampingan. Semua mata memandang dengan kagum.

Mulailah Al-Hajaj menanyakan berba¬gai masalah agama kepada sang Imam, dan dijawab oleh Hasan Al-Basri dengan bahasa yang lembut dan mempesona. Semua pertanyaan¬nya dijawab dengan tuntas. Hasan Al-Basri dipersilakan untuk pulang. Usai pertemuan itu, seorang pengawal Al-Hajaj bertanya, "Wahai Abu Sa’id, sungguh aku melihat anda mengucapkan sesuatu ketika hendak berhadapan dengan Al-Hajaj. Apakah sesungguhnya kalimat yang anda baca itu?" Hasan Al-Basri menjawab, "Saat itu kubaca: Ya Wali dan PelindungKu dalam kesusahan. Jadikanlah hukuman Hajaj sejuk dan keselamatan buatku, sebagaimana Engkau telah jadikan api sejuk dan menyelamatkan Ibrahim."

Nasihatnya yang terkenal diucapkannya ketika beliau diundang oleh penguasa Iraq, Ibnu Hubairoh, yang diangkat oleh Yazid bin Abdul Malik. Ibnu Hubairoh adalah seorang yang jujur dan sholeh, namun hatinya selalu gundah menghadapi perintah-perintah Yazid yang bertentangan dengan nuraninya. Ia berkata, "Allah telah memberi kekuasan kepada Yazid atas hambanya dan mewajibkan kita untuk mentaatinya. Ia sekarang menugaskan saya untuk memerintah Iraq dan Parsi, namun kadang-kadang perintahnya bertentangan dengan kebenaran. Ya, Abu Sa’id apa pendapatmu? Nasihatilah aku …"

Berkata Hasan Al-Basri, "Wahai Ibnu Hubairoh, takutlah kepada Allah ketika engkau mentaati Yazid dan jangan takut kepada Yazid¬ketika engkau mentaati Allah. Ketahuilah, Allah membelamu dari Yazid, dan Yazid tidak mampu membelamu dari siksa Allah. Wahai Ibnu Hubairoh, jika engkau mentaati Allah, Allah akan memelihara¬mu dari siksaan Yazid di dunia, akan tetapi jika engkau mentaati Yazid, ia tidak akan memeliharamu dari siksa Allah di dunia dan akhirat. Ketahuilah, tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam ma’siat kepada Allah, siapapun orangnya." Berderai air mata Ibnu Hubairoh mendengar nasihat Hasan Al-Basri yang sangat dalam itu.

Pada malam Jum’at, di awal Rajab tahun 110H, Hasan Al-Basri memenuhi panggilan Robb-nya. Ia wafat dalam usia 80 tahun. Pendu¬duk Basrah bersedih, hampir seluruhnya mengantarkan jenazah Hasan Al-Basri ke pemakaman. Hari itu di Basrah tidak diselenggarakan sholat Ashar berjamaah, karena kota itu kosong tak berpenghuni.

Tuesday, November 16, 2010

:::Haiss Gigi gigi:::

Setelah saya membersihkan cermin di bilik air rumah saya, saya mula membelek-belek gigi saya. Tercongak-congak memeriksa gigi. Menurut ukuran mata saya yang tidak terlatih sebagai doktor gigi, ia kelihatan OK. Sedikit tinggi dan rendah, sedikit ke hadapan dan ke belakang dan sedikit kekuningan. Namun ia OK kerana sejauh yang saya nampak, tidak kelihatan kerak-kerak gigi (plaque).

Bukan apa, saya sebenarnya baru balik ke rumah setelah berjumpa beberapa rakan bersembang-sembang di kedai mamak. Ia merupakan pertemuan pertama, justeru lebih disebut sebagai pengenalan (ta'aruf). Mereka berpakaian kemas sama ada berjubah atau berbaju melayu dengan kopiah putih lagi keras. Wajah mereka berseri-seri, gembira berjumpa saya agaknya (kes perasan).



Mereka juga tidak keberatan untuk menghadiahkan senyuman di celah-celah topik persembangan kami. Namun di celah-celah senyuman itulah saya ternampak gigi mereka dan di celah-celah gigi merekalah saya ternampak kerak-kerak gigi yang agak banyak. Hati saya berbelah bahagi. Hendak ditegur, bererti merosakkan kehamonian pertemuan yang baru pertama kali. Hendak didiamkan, bererti mengabaikan tanggungjawab saya menasihati sesama muslim. Hmm…apa nak buat?

Alhamdulillah, saya teringat kepada peluang lain yang saya ada untuk saling memberi nasihat, iaitu melalui kolum bulanan saya dalam majalah i yang dikasihi ini. Maka inilah yang ingin saya tulis, saya kongsi dan nasihatkan kepada para pembaca yang budiman sekalian. Ketahuilah para pembaca sekalian, menjaga kebersihan gifi merupakan antara sunnah tang amat diberi perhatian lagi disukai oleh Rasulullah SAW. Sayang sekali, sunnah ini jarang-jarang diberi perhatian oleh kita masa kini. Bahkan ada segelintir yang memandang serong jika ternampak seorang muslim lain yang sedang khusyuk membersihkan giginya dengan kayu sugi.


Sunnah Yang Dilupakan.

Secara kebetulan, saya baru-baru ini baru menelaah buku yang ditulis oleh Haifa binti Abdullah al-Rashid – semoga Allah memelihara beliau – yang sudah diterjemah atas judul Menghidupkan Sunnah-Sunnah Yang Terlupakan. Salah satu sunnah yang beliau senaraikan ialah berkenaan bersiwak, di mana beliau menukil kata-kata al-Allamah al-Sha‘ani rahimahullah: “Dalam kitab al-Badr al-Munir disebutkan bahawa ada lebih seratus hadis yang menyebutkan tentang siwak. Namun sungguh menghairankan, sunnah Nabi SAW yang banyak itu dilalaikan oleh kebanyakan orang bahkan oleh kebanyakan ahli fiqh. Ini adalah sebuah kerugian yang amat besar.”

Menyebut tentang siwak atau membersihkan gigi dengan kayu sugi, memang terdapat banyak hadis berkenaannya. Sebagai ulangkaji, izinkan saya menyalin beberapa darinya. ‘Abdullah ibn ‘Umar menerangkan: “Tidaklah Rasulullah SAW tidur melainkan siwak ada di samping baginda. Tatkala baginda bangun tidur, baginda terus bersiwak.” [Musnad Ahmad] Abu Hurairah pula meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: “Andaikata tidak memberatkan umatku, nescaya aku akan memerintahkan mereka untuk selalu bersiwak setiap kali hendak mendirikan solat.” [Shahih al-Bukhari]

Al-Miqdam bin Syuraih meriwayatkan daripada ayahnya: “Aku bertanya kepada A’isyah, apakah yang terlebih dahulu dilakukan oleh Nabi SAW ketika masuk ke dalam rumah?” A’isyah menjawab: “Bersiwak.” [Shahih Muslim] Selain itu baginda juga pernah menyatakan: “Siwak itu pembersih mulut dan mendatangkan keredhaan Allah.” [Musnad Ahmad]

Demikianlah, dapat dirumuskan bahawa menjaga kebersihan gigi secara kerap merupakan sunnah yang penting, khususnya pada beberapa suasana seperti (1) Ketika bangun tidur, (2) sebelum berwudhu’, (3) sebelum mendirikan solat, (4) sebelum membaca al-Qur’an, (5) sebelum memasuki rumah, (6) setelah makan dan minum dan (7) ketika hendak bertemu dengan seseorang.

Rasulullah SAW bukan sahaja suka dan lazim bersiwak tetapi baginda juga suka melihat orang yang bersiwak. A'isyah RA menerangkan bahawa 'Abdul Rahman bin abu Bakar pernah masuk ke rumah menemui Nabi SAW. Ketika itu 'Abdul Rahman membawa siwak yang basah untuk membersihkan giginya. Mata Nabi SAW tidak terlepas dari memandang siwak itu sehingga akhinya A'isyah mengambilkan sebatang kayu siwak untuk baginda. [Sahih al-Bukhari].

mmmm

Siwak pada masa kini

Terdapat perbincangan di kalangan para ilmuan, adakah sunnah dalam menjaga kebersihan gigi terhad kepada siwak (kayu sugi) atau meluas kepada peralatan moden masa kini seperti berus, ubat dan flos gigi?

Saya bersikap terbuka dalam perbincangan ini. Sama ada dengan bersiwak, berus gigi atau kedua-duanya, yang penting kita menjaga kebersihan gigi kita. Bagi yang sudah sekian lama terlupa untuk melazimkan diri dengan amalan sunnah ini, dianjurkan berjumpa doktor gigi untuk membersihkan apa-apa kerak dan kotoran yang mungkin telah sekian lama bermastautin di celah-celah gigi.

Gigi yang bersih menandakan ikutan seseorang kepada sunnah yang penting lagi disukai oleh Rasulullah SAW. Ia juga membolehkan kita menghadiahkan senyuman tanpa ragu kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan sesiapa jua, khasnya menjelang 1 Syawal yang akan tiba insya-Allah.

:::Umrah dan Haji:::

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Orang yang berperang di jalan Allah, orang yang berhaji dan orang yang berumrah (mereka adalah) para delegasi Allah. Allah memanggil mereka lalu mereka memenuhi (panggilan itu). Mereka berdoa kepada-Nya lalu Dia mengabulkannya.”



Dalam sebuah riwayat yang lain baginda menganjurkan: "Nikmatilah Baitullah ini...". Pada ketika yang lain baginfa mengesyorkan: "Hubungkanlah di antara haji dan umrah kerana kedua-duanya dapat menghapuskan kefakiran dan dosa-dosa seagaimana relau tukang besi dapat menyisihkan kotoran besi, emas dan perak. Sementara haji yang mabrur tidak ada pahalanya selain syurga.

Amalan umrah tidak ketinggalan dari anjuran ini: “Satu umrah yang diikuti dengan umrah berikutnya adalah menjadi penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara kedua-duanya dan haji yang mabrur itu tidak ada balasannya kecuali syurga.”

Demikian beberapa di antara sekian banyak hadis yang menganjurkan ibadah haji dan umrah yang sempat saya salin dari kitab Sahih al-Targib wa al-Tarhib li al-Munziri oleh Syaikh al-Albani. Hadis-hadis ini menjadi telaah saya setelah beberapa hari sebelum itu seorang saudara saya dengan begitu ceria mengkhabarkan kepada saya bahawa dia akan berangkat menunaikan ibadah haji untuk sekian kalinya pada tahun 2010 ini.

Saya menyambut keceriaanya itu secara hambar lagi dingan. Apa yang segera terlintas di fikiran saya ialah: "Berapa kali nak pergi haji? Bukankah lagi bagus jika duit - yang paling kurang RM10,000 - digunakan untuk pendidikan anak-anaknya yang masih bersekolah dan membantu orang miskin yang lain?" Lintasan fikiran ini saya terjemahkan dengan ucapan ringkas kepada saudara saya itu: "Owh! Ok!", lalu terus beralih kepada subjek persembangan yang lain.

Saya sebenarnya bukan anti haji dan bukan anti umrah. Akan tetapi teguran Syaikh Yusuf al-Qardawi berikut ini masih segar dalam ingatan saya. Di bahagian awal bukunya Fiqh al-Awlawiyat, beliau menulisa:

"Pada musim haji setiap tahun, saya saksikan banyak sekali kaum muslimin yang tergolong kaya dan mampu, pergi menunaikan ibadah haji untuk kali kedua, ketiga dan selanjutnya, Banyak juga di kalangan mereka yang menambahkan ibadah haji sunat itu dengan terlebih dahulu menunaikan umrah pada bulan Ramadhan. Mereka tidak segan-segan untuk mengeluarkan wang ringgit demi tujuan tersebut, malah ada kalanya banyak di antara mereka yang mengajak beberapa orang miskin untuk turut pergi bersama mereka menunaikan haji dan umrah tersebut. Padahal Allah SWT tidak membebankan mereka (orang miskin) untuk menunaikan haji atau umrah kerana mereka tidak memiliki kemampuan dan kesanggupan (kewangan).

Akan tetapi kamu cuba untuk minta kepada mereka untuk menyalurkan semua dana dan peruntukan yang mereka belanjakan pada setiap tahun itu agar didermakan kepada tabung para pejuang (mujahidin) yang sedang memerangi penceroboh dan penjajah Israil di Palestin, untuk tabung mujahidin di Bosnia yang sedang menghadapi serangan pengganas Serbia.

Atau untuk tabung dakwah Islamiah bagi menghadapi usaha-usaha Kristianisasi di wilayah-wilayah Indonesia, Bangladesh, serta di negara-negara lain di benua Asia dan Afrika, atau kamu meminta kepada mereka untuk menyalurkan peruntukan tersebut bagi membangunkan pusat-pusat tarbiyah dan pendidikan dakwah Islamiah, melahirkan para pendakwah yang mantap lagi berpengetahuan luas, ataupun untuk usaha-usaha penyusunan buku-buku Islam dan terjemahannya. (Jika dengan segala permintaan atau cadangan ini), pasti kebanyakan mereka akan menolehkan kepalanya ke arah lain kerana enggan dan tidak setuju dengan cadangan yang kamu berikan tadi. Bahkan mungkin ada di kalangan mereka yang akan mengherdik dan mencemuh kamu.

Begitulah umumnya kefahaman masyarakat kita mengenai ajaran Islam, padahal secara terang dan jelas al-Qur'an al-Karim telah menggariskan bahawa amalan jihad itu adalah lebih utama daripada amalan ibadah haji, seperti firman Allah SWT:

Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidilharam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.[al-Taubah 9:19-20]”

Sekian al-Qardawi. Di sini timbul persoalan, bagaimana hendak dipertimbangkan kata-kata di atas berbanding hadis-hadis yang telah saya kemukakan di awak catatan ini? Bukankah hadis-hadis tersebut menganjurkan haji dan umrah dengan anjuran yang besar dan ia tidak menghadkannya kepada haji dan umrah yang pertama sahaja?

Agaknya di sinilah letaknya kebenaran kata-kata hikmah: “Setiap orang beramal dengan kadar ilmu masing-masing”. Bagi kebanyakan orang, kadar ilmu mereka sekadar mengetahui keutamaan amalan haji dan umrah lalu mereka berusaha untuk melaksanakannya sekerap yang mampu. Ini, berdasarkan hadis-hadis di atas, tidak boleh dianggap satu kesalahan. Bagi sebahagian yang lain, kadar ilmu mereka berada pada kemampuan menilai di antara dua atau lebih amalan, yang manakah patut diberi prioriti, lalu mereka berusaha untuk melaksanakan apa yang berada pada prioriti teratas. Ini juga satu kebenaran.

Bagaimana pula dengan anda wahai para pembaca yang budiman sekalian, adakah anda seperti mana kebanyakan orang atau seperti mereka yang mengamalkan Fiqh al-Awlawiyat dalam bab haji, umrah dan selainnya?


Hanya Sampingan..^_^

:::Andai Bertemu dan Berpisah Kerana Allah:::

Ulama Pewaris Nabi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More