Salam perjuangan

Salam perjuangan

HATI

Dalam salah satu haditsnya, Rasulullah SAW pernah bersabda sebagai berikut: “Menjadi bersihlah kamu, karena sesungguhnya Islam itu bersih.” (HR. Ibnu Hiban)

UJIAN-MU

Brngsiapa diuji lalu bersabar, dberi lalu bersyukur, dzalimi lalu memaafkan dn mnzalimi lalu bristighfar maka bg mreka kselamatan dn mreka trgolong org2 yg memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)

JALAN-MU

Bukti cinta yang kukuh kepada Allah dan Rasul-Nya ialah berjihad, Maka berjihadlah dengan harta dan nyawamu

MILIK-MU

Ya Allah KAU hampirikanlah diriku ini kepada-Mu,Ya Allah sesungguhnya hidup matiku hanya untuk-Mu, Inginku capai cinta dan redha-Mu Ya Allah(^___^).

SYURGA-MU

Ya Allah, kekuasaan-Mu tiada tandingan mana2 makhluk-Mu, Engkau jadikan siang untuk hamba-Mu mencari rezeki-Mu, Engkau jadikan malam untuk hamba-Mu beribadat kepada-Mu..(^___^)

^^

Photobucket

Recent Posts

P.Z.R

smile

Bendera Rasululullah SAW

smile

Beberapa helai rambut Rasulullah SAW

smile

Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta

smile

Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta

smile

;"> Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta

smile

Cap surat Nabi SAW

smile

Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.

smile

Busur Panah Nabi SAW

smile

Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW

smile

Peninggalan gigi dan rambut Nabi..

smile

Jejak Kaki Rasulullah SAW

smile

Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW

smile

Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah

smile

Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan

smile

Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7

smile

Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius

smile

Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir

smile

Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW

smile

Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya

smile

. Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya ...

smile

. Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya ...

smile

Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelas

smile

Kunci Ka’bah Masa Nabi Muhammad SAW

smile

Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi

smile

PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW

smile

Keranda dan makam Nabi panutan alam, Nabi Muhammad SAW

smile

Beberapa helai rambut Rasulullah SAW

smile

Wadah Kotak Gigi Rasulullah SAW

smile

Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW

smile

Jejak Kaki Rasulullah SAW

smile

Bagian dari baju gamis Nabi SAW yang sudah sobek

smile

Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek

smile

.

Topi Besi Rasulullah SAW

smile

the_clothers__staff_of_prophet_muhammad.jpg



Friday, April 15, 2011


Kitab rujukan: Feqh Daulah Menurut Perspektif Islam karangan Dr.Yusuf Al-Qardhawi


Politik mengikut teorinya ialah suatu ilmu yang mempunyai kepentingan dan kedudukan yang tersendiri.Dari sudut praktikalnya, ia adalah satu kerja yang mempunyai kemuliaan dan faedahnya kerana ia berkaitan dengan pentadbiran urusan makhluk dalam bentuk yang sebaiknya.

Al-Imam Ibn Al-Qaiyim telah meriwayatkan daripada Al-Imam Abu Al-Wafa' Bin 'aqil Al-Hanbali bahawa:

"Politik ialah perbuatan yang menjadikan manusia yang bersamanya lebih dekat kepada kebaikan dan jauh daripada kerosakan selagimana ia tidak bertentangan dengan syarak"


Ibn Al-Qaiyim menyatakan :

"Sesungguhnya politik yang adil tidak bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh syarak.Bahkan ia selari dengan apa yang dibawakannya.Ia merupakan satu juzuk daripadanya.Kami menamakannya sebagai politik kerana mengikut apa yang kamu istilahkan.Sesungguhnya ia sebenarnya adalah keadilan Allah dan Rasul-Nya"


Ulama' kita terdahulu telah menyebut kepentingan politik dan kelebihannya.Al-Imam Al-Ghazali telah berkata:

"Sesungguhnya dunia merupakan ladang bagi akhirat.Agama akan sempurna kecuali dengan dunia.Kerajaan dan agama adalah saudara kembar.Agama merupakan asas, pemerintahan adalah pengawalnya.Perkara yang tiada asas akan runtuh dan perkara yang tidak mempunyai pengawal akan sia-sia"


Mereka telah mentakrifkan Imamah atau Khilafah sebagai:

"Pengganti umum daripada pemilik syarak iaitu Rasulullah s.a.w dalam menjaga agama dan memerintah dunia dengan agama"


Oleh itu, Khilafah adalah penjagaan dan pemerintahan.

Nabi s.a.w adalah seorang ahli politik disamping sebagai
penyampai ajaran, guru dan juga Qadhi.Baginda adalah Ketua Negara dan Imam bagi umat.Para khulafa' Al-Rasyidin selepas baginda juga adalah ahli politik yang mengikuti sunnah dan jalan baginda.Mereka telah mentadbir umat dengan adil dan ihsan, dan memimpin mereka dengan ilmu dan iman.

Tetapi manusia pada zaman kini dan di daerah kita khususnya, disebabkan kesusahan yang menimpa mereka kerana politik dan orang politik, sama ada politik penjajah atau pemerintah yang khianat atau zalim, mereka amat membenci politik dan setiap apa yang berkaitan dengannya terutama ketika falsafah Michaevelli menguasai arena politik dan menentukan halatujunya.Sehinggakan diceritakan bahawa Syeikh Muhammad Abduh telah berkata selepas beliau merasai tipudaya politik dan permainan yang bermaksud :

" Aku berlindung dengan Allah daripada politik, perbuatan politik, orang yang berpolitik dan orang yang dipolitikkan! "


Dari sinilah musuh-musuh pemikiran Islam dan Gerakan Islam telah mengeksploitasi kebencian dan rasa marah orang ramai terhadap politik untuk mereka melabelkan Islam yang syumul lagi menyempurnakan yang dilaungkan oleh golongan Islam pada hari ini sebagai "Islam politik"

Sudah menjadi kebiasaan pada masa kini untuk menyifatkan semua sifat yang membezakan Muslim yang komitmen dengan Islam dilabelkan sebagai "politik".Ini sudah cukup untuk menjadi kejian dan menjauhkan masyarakat daripada mereka.

Beberapa orang akhawat muslimat yang memakai hijab (tudung) yang berasal dari satu kawasan di Maghribi telah pergi menemui seorang tokoh yang mempunyai kedudukan dalam agama dan politik. Mereka mengadu kepadanya mengenai beberapa kuliah Pengajian Fakulti yang mensyaratkan bagi menerima permohonan mereka agar mereka menanggalkan hijab! Mereka merayu agar mereka tidak dikenakan syarat memaksa mereka mendedahkan kepala dan memakai pakaian mini yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya.Apa yang amat mengejutkan pelajar-pelajar wanita yang beriltizam dengan Islam ini ialah jawapan lelaki yang diminta bantuan ini:

"Apa yang kamu pakai ini bukannya sekadar hijab, sesungguhnya ia adalah pakaian politik!"


Sebelum itu, seorang orientalis besar di Tunisia telah berkata :

"Sesungguhnya ia adalah pakaian kumpulan tertentu (yang membawa perpecahan kaum)!"


Seorang yang lain pula berkata tentang sembahyang Hari Raya di tanah lapang sebagai:

"Sesungguhnya ia bukan Sunnah, tatapi ia adalah sembahyang politik! "


Iktikaf dalam masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadhan dianggap sebagai Iktikaf politik!

Kita tidak menolak kemungkinan pada suatu masa nanti sembahyang berjemaah di masjid akan dianggap sebagai sembahyang politik!

Membaca cerita tentang peperangan dalam kitab Sirah seperti Sirah Ibn Hisyam, Kitab Imta' Al-Asma' atau Kitab Al-Maghazi daripada Sahih Al-Bukhari adalah bacaan politik.

Kita juga tidak lupa pada suatu masa, di mana di antara hujah yang digunakan untuk mensabitkan kesalahan tertuduh ialah menghafal Surah Al-anfal kerana ia adalah surah jihad.Pada masa yang lain digunakan Surah ali-Imran kerana ia menceritakan tentang mihnah(tribulasi), bersabar atasnya dan kukuh padanya!!


Dari sini kita lihat bahawa Islam yang dinamakan oleh mereka yang menjadi orang Barat ini sebagai 'Islam Politik' adalah Islam yang sahih yang telah disyariatkan oleh Allah dalam Al-Quran dan Al-Sunnah dan telah dilaksanakan oleh Nabi s.a.w dan para Khulafa' Al-Rasyidin yang mana Allah tidak akan menerima agama yang selainnya.

Hanya Sampingan..^_^

:::Andai Bertemu dan Berpisah Kerana Allah:::

Ulama Pewaris Nabi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More