Salam perjuangan

Salam perjuangan

HATI

Dalam salah satu haditsnya, Rasulullah SAW pernah bersabda sebagai berikut: “Menjadi bersihlah kamu, karena sesungguhnya Islam itu bersih.” (HR. Ibnu Hiban)

UJIAN-MU

Brngsiapa diuji lalu bersabar, dberi lalu bersyukur, dzalimi lalu memaafkan dn mnzalimi lalu bristighfar maka bg mreka kselamatan dn mreka trgolong org2 yg memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)

JALAN-MU

Bukti cinta yang kukuh kepada Allah dan Rasul-Nya ialah berjihad, Maka berjihadlah dengan harta dan nyawamu

MILIK-MU

Ya Allah KAU hampirikanlah diriku ini kepada-Mu,Ya Allah sesungguhnya hidup matiku hanya untuk-Mu, Inginku capai cinta dan redha-Mu Ya Allah(^___^).

SYURGA-MU

Ya Allah, kekuasaan-Mu tiada tandingan mana2 makhluk-Mu, Engkau jadikan siang untuk hamba-Mu mencari rezeki-Mu, Engkau jadikan malam untuk hamba-Mu beribadat kepada-Mu..(^___^)

^^

Photobucket

Recent Posts

P.Z.R

smile

Bendera Rasululullah SAW

smile

Beberapa helai rambut Rasulullah SAW

smile

Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta

smile

Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta

smile

;"> Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta

smile

Cap surat Nabi SAW

smile

Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.

smile

Busur Panah Nabi SAW

smile

Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW

smile

Peninggalan gigi dan rambut Nabi..

smile

Jejak Kaki Rasulullah SAW

smile

Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW

smile

Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah

smile

Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan

smile

Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7

smile

Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius

smile

Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir

smile

Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW

smile

Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya

smile

. Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya ...

smile

. Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya ...

smile

Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelas

smile

Kunci Ka’bah Masa Nabi Muhammad SAW

smile

Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi

smile

PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW

smile

Keranda dan makam Nabi panutan alam, Nabi Muhammad SAW

smile

Beberapa helai rambut Rasulullah SAW

smile

Wadah Kotak Gigi Rasulullah SAW

smile

Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW

smile

Jejak Kaki Rasulullah SAW

smile

Bagian dari baju gamis Nabi SAW yang sudah sobek

smile

Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek

smile

.

Topi Besi Rasulullah SAW

smile

the_clothers__staff_of_prophet_muhammad.jpg



Thursday, February 24, 2011

Perihal Mereka Yang Melambat-lambatkan Urusan Jihad



"Dan sesungguhnya di antara kamu ada orang yang sangat berlambat-lambat (ke medan jihad).
Maka jika kamu ditimpa musibah, ia berkata: "Sesungguhnya Tuhan telah menganugerahkan nikmat kepada saya kerana saya tidak ikut berperang bersama-sama mereka. Dan sesungguhnya jika kamu beroleh karunia (kemenangan) dari Allah, tentulah dia mengatakan seolah-olah belum pernah ada hubungan kasih sayang antara kamu dengan dia: "Wahai, kiranya saya ada bersama-sama mereka, tentu saya mendapat kemenangan yang besar (pula). "Surah An-Nisa ayat 71-72

Assalamualaikum wahai hamba2 Allah digelar muslim wa muslimat...
Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan keluarganya...
Kali ini ingin ana menyentuh tentang perihal mereka yang melambat lambatkan urusan Jihad.Baiklah kita teruskan membaca....Kalau ada salah dan silap ana minta maaf...tegur2lah...ana bukanlah orang yang berilmu untuk di jadikan teladan...^^

Walaupun sahabat-sahabat Rasulullah SAW telah menjalani proses selama 13 tahun di Mekah dan berhijrah pula bersama-sama Rasulullah SAW ke Madinah tetapi terdapat juga di kalangan mereka (yang telah menjalani proses didikan Rasulullah SAW itu) yang masih melambat-lambatkan jihad fi sabilillah.
Hari ini dan bila-bila masa sekali pun tidak anihlah kalau masih ada yang melambat-lambatkan jihad, tambahan pula jika tidak rnelalui proses didikan sebagaimana yang telah dilalui oleh generasi yang hidup bersama-sama Rasulullah SAW.

Sebagaimana yang ditegaskan dalam ayat ini, masih ada lagi yang melambat- lambatkan urusan jihad yang telah ditaklifkan oleh Allah SWT ke atas umat Islam. Mereka ini tidak ada sifat malu malah berkata, "Mereka diberi nikmat, selamat dan tidak terkena apa-apa lantaran tidak ikut berjihad. Sebenarnya mereka ini memang tiada ada perasaan malu bila tidak ikut berjihad di jalan Allah SWT.

Bila orang-orang mukmin yang turut berjihad ada yang terkorban dan mendapat kemalangan mereka kata itu musibah(bala). Sebaliknya mereka yang tidak ikut berjihad berkata, "Alhamdulillah" mereka tidak ikut berjihad.

Realiti hari ini pun, jika mereka berjuang pada jalan selain daripada jalan Allah dan beroleh kemenangan mereka kata nikmat. Berjuang dalam sistem lain dan bila beroleh kemenangan mereka bersyukur. Keadaan ini akan berlaku dan
terus berlaku.

Seseorang yang tidak berjihad bersama-sama barisan yang betul-betul memperjuangkan Islam yang syumul dalam setiap atur-cara hidup sebaliknya mereka dakwa dapat nikmat sebenarnya mereka ini tidak ada perasaan malu dengan Allah SWT dan apatah lagi dengan rnanusia.

An-Najah (kejayaan), keselamatan, dia tidak dipenjara, ditekan dan disiksa itu bukan nikmat sama sekali. Nikmat Allah SWT sama-sekali tidak boleh dicapai kalau kita mengasingkan diri kita dari sistem Allah SWT, tidak turut serta dalam sistemNya dan di dalam jihad ke arah menghayati ajaran Allah SWT.

Kalau kita menyertai ummah yang betul dan menjalani proses yang syumul, maka barulah kita boleh dakwa mendapat nikmat Allah SWT. Sekiranya kita melihat pada umumya orang-orang yang di luar ummah selamat dan berjaya, sebenarnya itu bukanlah nikmat.

Bolehkah dikira mendapat nikmat bagi mereka yang tidak menjalankan hukum-hukum Allah SWT dalam praktik hidup mereka. Mereka tidak mengetahui sebab apa mereka diciptakan dan tidak pula rnengEsakan serta berubudiyah sepenuhnya kepada Allah SWT. Mereka tidak taat dan patuh (intizam) kepada ajaran Allah SWT serta tidak berjihad pada jalan Allah SWT. Mereka enggan untuk melaksanakan sistem Allah kedalam kehidupannya. Maka jika tidak melaksanakan semua ini masihkah dianggap memperolehi nikmat dari Allah SWT? Tidakkah merasa malu kepada Allah SWT?

Sebenarnya mereka tidak mengambil perhatian dan melihat dengan lebih jauh, mereka tidak pernah mengangkat dan melepaskan dirinya dari dunia ini. Malah mereka sentiasa dibelenggu oleh dunia dan tidak pernah berfikir mengenai Akhirat. Mereka tidak pernah berusaha dan berfikir untuk melepaskan diri daripada kongkongan dunia (macam semut di dalam gula).


Konsep Fadlum minallah (Kurnia ALlah)

Adakah boleh dipanggil nikmat kepada mereka yang tidak mengira bahawa ujian (intihan/bala') di jalan Allah untuk menegak Deen Allah SWT, sebagai kurniaan dan pilihan Allah SWT. Jadi orang yang gugur syahid kita kena anggap sebagai kurnia Allah kepada mereka-mereka yang terpilih. Sekiranya kita anggap orang yang syahid, yang dipenjara atau disiksa kerana jihad di jalan Allah serta ujian-ujian yang ditempuh oleh para mujahiddin itu sebagai bala' atau kerugian kerana tidak dapat berlazat-lazat dengan harta dan kesenangan seperti mereka; maka sebenarnya neraca sedemikian adalah tidak betul.

Kita dikongkong oleh dunia dan dipenjara oleh hawanafsu sendiri. Dan inilah nilai yang diambil oleh kebanyakan masyarakat manusia pada hari ini, dikatakan orang-orang yang syahid di jalan Allah sebagai gagal, maka ini adalah satu kesilapan kerana ujian-ujian dan syahid ini adalah anugerah dan pilihan
Allah SWT.

Mereka-mereka ini adalah pilihan Allah SWT. Generasi al-Quran yang begitu cintakan syahid kita lihat cuma beberapa orang sahaja yang Allah pilih sebagai syuhada'. Konsep cintakan syahid pun kena jelas. Di sini bukanlah bermakna mereka pergi tahan batang leher kepada musuh tapi mestilah terlebih dahulu berjihad bersungguh-sungguh dan jika terbunuh waktu itu maka barulah dikatakan syahid.

Sayyidina Khalid Ibn Waleed RA yang sangat cintakan syahid. Beliau berjuang yang mana tidak sejengkal pun tubuhnya yang tidak berparut, tetapi Allah tidak pilih dia sebagai syuhada malah dia mati di atas ranjang.

Ini bermakna mati syahid itu adalah pilihan Allah dan kurniaan Allah; selagi kita tidak rnenilai seperti ini, janganlah diharap kita boleh rnenegak syariat Allah SWT. Kita masih bergelumang dengan nilai-nilai duniawi. Sedangkan para syuhada itu pilihan Allah SWT, ia istimewa kepada orang yang tertentu sahaja di mana mereka ini bebas daripada kongkongan dunia, terangkat dari nilai-nilai duniawi dan dia nampak hidup yang tinggi. Sebab itulah mereka berjuang dan sanggup berkorban kerana mereka nampak nilai hidup yang hakiki dan menganggap nilai bumi ini suatu yang lekeh.

Kesemua manusia akan mati tetapi yang mati syahid di jalan Allah SWT sahaja yang teristimewa, yang dipilih dan dinilai oleh Allah SWT sebagai pilihan pertama, kurniaan Allah SWT yang paling besar kepada manusia. Tetapi untuk sampai kepada nilai dan anggapan inilah yang susah kerana kita merasa rugi dan bimbang dengan nilai-nilai yang tinggi ini, sebabnya ialah kerana kuatnya ikatan kita dengan nilai-nilai dunia.

Walaupun ayat ini telah ada sejak 1418 tahun yang lalu tapi masih tidak ada kesan dihati kebanyakan manusia kecuali kepada mereka yang ingin balik memprosesnya dengan proses yang sama sepertimana yang telah dilalui oleh generasi awal.

Ayat seterusnya, An Nisa: 73

Mereka yang pergi berjihad di jalan Allah SWT telah cukup bersedia untuk menerima apa sahaja ketentuan Allah SWT (syahid atau kejayaan). Mereka mempunyai persediaan-persediaan yang cukup (bukan alat senjata sahaja tetapi persediaan jiwa yang kuat dengan iman dan taqwa ).

Persediaan-persediaan ini juga termasuk mengetahui (matlamat dan jalan) dari awal-awal lagi. Barulah dia dapat syahadah; dia tidak sedih dan keluarga di rumah pun bersyukur. Sebaliknya pada hari ini kebanyakan mereka yang dikatakan berjuang tidak tahu langsung apa dia matlamat perjuangan mereka, sebab itulah kalau terkorban dalam perjuangan, keluarga di rumah akan kesedihan kerana tidak jelas matlamat dan tidak ada persediaan untuk menerima salah satu ketentuan daripada Allah SWT.

Tetapi bagi para sahabat mereka telah cukup bersedia untuk menerima salah satu ketentuan ini; samada mati syahid atau kejayaan menegakkan deen Allah di atas muka bumi ini.

Dalam konteks ayat ini kita dapati apabila orang yang tidak ikut serta berjihad tadi mendapat tahu tentang kejayaan yang telah diperolehi oleh para mujahiddin, mereka lantas mengeluh: "silap, tidak tahu nak menang!" kerana mereka tidak bersama-sama dengan kemenangan itu.

Sebenarnya kejayaan itu menurut nilai Islarn bukan sahaja kemenangan yang dicapai itu semata-mata. Bagi orang-orang mukrnin kejayaan yang berupa kemenangan di medan jihad itu bukanlah suatu yang penting tetapi yang lebih penting daripada itu ialah mereka berjaya menyahut, melaksana, dan menunaikan perintah Allah SWT. Nilai mereka yang hakiki ialah bila berjaya melaksanakan titah perintah Allah SWT.

Kemenangan atau syuhada' itu merupakan ketentuan Alllah SWT dan apa yang mereka tahu hanya perintah Allah perlu dilaksanakan. Bagi mereka kejayaan di medan perang itu adalah kejayaan yang amat kecil. Ia dinilai kejayaan yang besar hanya bagi mereka yang tenggelam dalam angan-angan kerana tidak turut sama berjihad.

Orang mukmin bukanlah benci kepada kejayaan dan hanya berharap kepada syahid semata-mata. Tapi mendapat syahid dan kejayaan dengan ghanimah adalah sama atau jika kita melebihi sikit dari mana-mana satu itu masih syara'. Seperti para sahabat yang berharap agar syahid di medan jihad hingga ada yang berkata: "Kalau boleh biarlah kita ini syahid dan kemudian hidup lagi
serta syahid lagi."

Allah SWT sudah tentukan siapa yang syahid dan hidup dengan kejayaan memperolehi ghanimah; syaratnya mestilah betul-betul melalui proses iman dan menilai dengan betul serta menerima ketentuan Allah SWT dengan penuh ridha. Dalam kebanyakan ghazwah para sahabat telah beroleh kejayaan yang cemerlang tapi dighazwah Uhud mereka ditimpa sedikit ujian dengan gugurnya 70 syuhada'. Tetapi yang masih hidup itu mampu terus berjihad menegakkan sistem Allah SWT dan mereka cukup ridha kecuali mereka-mereka yang tidak turut serta.

Persediaan-persediaan semacam inilah yang perlu ada dan yang hendak kita lalui. Orang mukmin tidaklah benci kalau pulang dengan selamat dari medan jihad. Mereka berharap keredhaan daripada Allah SWT dan tidak pula bercita-cita agar ditimpa Allah ujian yang berat malah dia dituntut memohon keselamatan. Sebenarnya kedua-dua ini bukanlah matlamat akhir mereka. Mmatlamat akhir mereka ialah kemenangan yang besar yakni mendapat keredhaan dan balasan syurga daripada ALlah SWT.

Paling atas sekali ialah keredhaan orang mukmin dengan ketentuan Allah SWT; inilah nilai yang hakiki; samada pulang dengan kejayaan membawa ghanimah ataupun syahid di jalan Allah SWT. Dia gembira kerana bantuan dan pertolongan Allah SWT tetapi matlamat akhirnya ialah tertegaknya sistem
Allah di atas muka bumi.

Kejayaan dan mati syahid itu juga merupakan kurniaan Allah tetapi yang lebih besar dan utama adalah kejayaan rnenegakkan sistem Allah SWT. Dia rasa yang besar ialah sistem Allah SWT, panggilan Allah dan perlaksanaan hukum-hukum Allah SWT. Syahid dan kejayaan itu ketentuan Allah SWT yang diterima dengan penuh ridha. Inilah matlamat akhir.

Dalam rangka berjihad, kita akan melalui perkara-perkara seperti ini. Sekarang ini kita belum sampai kepada peringkat ini, hanya setakat peringkat paling awal iaitu jihad bin-naf s(jihad dengan hawa nafsu). Belum lagi jihad dengan senjata-senjata, jihad dengan yang kecil-kecil pun tidaklah mudah.

Orang-orang mukmin bukan bercita-cita untuk menemui bala tetapi sekiranya diperintah jihad mereka akan keluar, tak rasa berat menyahut panggilan oleh orang yang telah di amanatkan oleh Allah SWT.

(Kita pertu jelas siapa yang menyeru kita dan kita keluar berjihad pun mesti betul-betul bermatlamat Ilahi. Kalau ada sedikit riya' saja pun maka rosak semua amalan. Mereka yang menyuruh berjihad pula mestilah betul-betul menjalankan amanat Allah dan RasuINya dan jangan kita serahkan umur kita pada sebarang orang. Kita mesti faham matlamat dan wasilah kerana kita ingin berjihad satu persatu, peringkat demi peringkat sedangkan umur kita ini amat singkat dan kematian kematian pula semakin dekat.

Orang mukmin kalau keluar berjihad dia memohon salah satu dalam menjalankan amanah Allah SWT yakni kejayaan menegakkan deen Allah ataupun syahid dijalanNYa. Kedua-duanya merupakan ketentuan Allah. Jika Allah tentukan dia mati syahid dia berpuashati dan sungguh berbangga dengan kedudukan syahadah disisi Allah SWT; dan sekiranya Allah beri kejayaan, memperolehi ghanimah dan balik dengan selamat maka dia bersyukur kerana ini juga pilihan dan anugerah daripadda Allah SWT. Dia bergembira dengan kemenangan yang Allah SWT beri pada ummah (bukan kejayaan individu). Dengan matlamat inilah Allah mengangkat darjat orang mukmin dan dengan nilai-nilai ini, maka nilai-nilai lain menurun dan terserlahlah duri dalam daging (muddathin fissub) yakni munafiq dalam ummah.

Di masa lalu lebih mudah mengenal orang munafiq tetapi sekarang ini lebih susah. Di zaman Rasulullah SAW nilai ini naik dan nilai-nilai lain menurun dengan jelas. Bila kita tingkatkan kepada nilai-nilai ini maka Allah SWT akan jelaskan orang-orang yang mengambil kesempatan di dalam barisan orang mukmin.

Tarbiyah Rasulullah SAW telah pun melalui tahap praktikalnya. Bagi kita ini setakat teorinya sahaja. Para sahabat-sahabat RA telah melalui proses amalinya. Sekiranya kita melalui proses yang sama maka insyaallah kita akan lihat natijah yang sama juga. Kita tahu yang mana sahabat dan yang mana musuh kita. Sekarang kalau ditaklifkan jihad, kita tahu yang mana akan maju atau mundur.

Ayat ini merupakan peringatan kepada ummah pertama tetapi perkara ini akan berulang kembali dalarn hidup manusia hinggalah ke hari kiamat (setiap masa dan setiap tempat), bentuk yang sama akan berulang. Sekiranya berlaku demikian, orang yang melambat-lambatkan jihad ini adalah penghalang dalam tarbiah dan jamaah.

Menangguh-nangguh, rasa tak puas hati, berat hati, memang ada dalam barisan orang Islam meskipun yang telah diproses. Ummah yang dididik oleh Rasulullah SAW dengan proses dan wasilah serta asas yang betul selama 13 tahun pun masih ada lagi seperti ini. Jadi, janganlah kita rasa lemah kerana ini adalah sunnatullah. lanya menjadikan Rasulullah SAW lebih berhati-hati dan terus menjalankan tugasnya dan terus maju, terus mendidik lagi, terus mencurahkan tenaga dan meningkatkan mereka (para sahabat).

Janganlah kita berputus asa. Teruskan perjuangan di samping kita berhati-hati; barulah yang kurang itu dapat disempurnakan dan yang lemah itu diperbaiki. Berjalanlah dengan langkah yang selaras, teratur dan sekata. Ini ialah ingatan Allah SWT kepada Rasulullah SAW supaya terus membimbing dan memperbaiki segala kelemahan. Inilah juga gambaran ummah yang telah dibentuk oleh Rasulullah SAW supaya ianya menjadi contoh dan i'tibar dalam pembentukkan ummat selepasnya.

Hanya Sampingan..^_^

:::Andai Bertemu dan Berpisah Kerana Allah:::

Ulama Pewaris Nabi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More