>Apabila engkau ditanya sesuatu perkara, hendaklah kamu halusi dan
teliti pendapat kamu dan pandapat orang lain, kerana penelitian itu
menghapuskan fikiran sempit.kata Imam Malik
>Engkau mestilah mencari saudara2 yang jujur dan hiduplah di kalangan
mereka kerana mereka itu ialah perhiasan di waktu senang dan bekalan
di waktu kesusahan.kata Saidina Umar
>Sesiapa yang dapat menahan marahnya , padahal dia dapat
melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman
dan rasa aman ketenangan.kata Saidina Ali:"Sifat pemarah adalah
musuh utama akal"
>Saudaraku..
Janganlah engkau berputus asa,
kerana putus asa bukan sifat seorang muslim.
Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah impian semalam,
dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok waktu masih panjang dan
hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa
masyarakat kita, walaupun fenomena fenomena kerosakan dan
kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah
sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.(Wasiat
Imam Hasan Al-Banna)
>Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat
dan yorang yang paling lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan
sahabat yang telah dicari.kata Saidina Ali
>Sesiapa yang hendak mengetahui sama ada dia mencintai Allah atau
tidak...maka hendaklah dia melihat kepada Al-Quran jika dirinya
mencintainya sesungguhnya dia mencintai Allah kerana sesungguhnya
Al-Quran itu kalam Allah.kata Ibnu Mas'ud R.A
>Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik
adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku
hidup/ selepas mati, kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk
berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat,
aku semakin percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabt sejati
yang tidak luntur dalam suka/duka, jika aku dapat, aku ingin setia
padanya...(Imam Syafie)
>SUCIKAN DIRIMU DENGAN BERWUDHUK
>SUCIKAN JIWAMU DENGAN SOLAT
>SUCIKAN HATI DENGAN BERZIKIR
>SENTIASA MENCARI MARDHATILLAH
>SENTIASA MENJAGA HABLUMINALLAH DAN HABLUMINANNAS
>KU TEMUI MUTIARA SUFIAH, DALAM LAUTAN UZLAH, KU
TEMUI MUTIARA MAHABBAH, DALAM SELEMBUT MADAH.
>MENGEJAR DUNIA TIDAK MENDAPAT AKHIRAT, MENGEJAR AKHIRAT
MENDAPAT DUNIA.
0 comments:
Post a Comment