Salam perjuangan

Salam perjuangan

^^

Photobucket

Recent Posts

P.Z.R

smile

Bendera Rasululullah SAW

smile

Beberapa helai rambut Rasulullah SAW

smile

Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta

smile

Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta

smile

;"> Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta

smile

Cap surat Nabi SAW

smile

Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.

smile

Busur Panah Nabi SAW

smile

Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW

smile

Peninggalan gigi dan rambut Nabi..

smile

Jejak Kaki Rasulullah SAW

smile

Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW

smile

Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah

smile

Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan

smile

Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7

smile

Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius

smile

Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir

smile

Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW

smile

Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya

smile

. Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya ...

smile

. Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya ...

smile

Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelas

smile

Kunci Ka’bah Masa Nabi Muhammad SAW

smile

Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi

smile

PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW

smile

Keranda dan makam Nabi panutan alam, Nabi Muhammad SAW

smile

Beberapa helai rambut Rasulullah SAW

smile

Wadah Kotak Gigi Rasulullah SAW

smile

Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW

smile

Jejak Kaki Rasulullah SAW

smile

Bagian dari baju gamis Nabi SAW yang sudah sobek

smile

Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek

smile

.

Topi Besi Rasulullah SAW

smile

the_clothers__staff_of_prophet_muhammad.jpg



Monday, June 6, 2011

Selawat



Salam buat semua pegunjung...
Tajuk ini mungkin simple bagi kita...
Tapi mungkin banyak fadhilat dia...
Insyallah kita akan cuba amalkannya...

Dalam surah al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi (Muhammad); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”


Demikian firman Allah yang sekali gus menjadi fokus ruangan Cahaya Rohani bulan ini. Allah memulakan ayat di atas dengan menerangkan bahawa Diri-Nya dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi Muhammad. Maksud selawat Allah kepada Nabi Muhammad ialah pujian dan pengagungan Allah kepada baginda. Sementara maksud selawat para malaikat ialah mendoakan keberkatan kepada baginda. Ayat di atas dilanjutkan dengan perintah agar kita umat Islam turut berselawat dan memberi salam kepada Nabi Muhammad.

Semua ini menjadi bukti yang kukuh bahawa Muhammad memiliki kedudukan yang istimewa di sisi Allah, makhluk-makhluk di langit dan di bumi. Ia secara automatik membatalkan hujah golongan anti hadis yang menyatakan Muhammad hanyalah manusia biasa yang membawa al-Qur’an sepertimana seorang posmen yang membawa surat. Seandainya baginda seorang manusia biasa, sudah tentu Allah tidak akan berfirman sebagaimana ayat 56 surah al-Ahzab di atas.

Bagaimana Cara Berselawat?

Merujuk kepada ayat di atas, para sahabat telah bertanya kepada Rasulullah tentang bagaimana cara berselawat kepada baginda. Lalu baginda menjawab dengan mengajar cara bacaan selawat. Bacaan itu adalah apa yang selalu kita baca ketika duduk tasyahud dalam solat setiap hari. [Shahih al-Bukhari, no: 4797] Di dalamnya terkandung ucapan salam kepada Rasulullah: “Assalamu ‘alaika aiyyuhan Nabi, waRahmatullahi waBarakatuh.” Di dalamnya juga terkandung ucapan selawat kepada Rasulullah, iaitu apa yang dimulai dengan “Allahumma sholli ‘ala Muhammad…” hinggalah “…innaka hamidun majdi”.

Perlu dingatkan bahawa apa yang diajar oleh Rasulullah merupakan sebaik-baik selawat ke atas baginda. Atas nota ini, maka terdapat dua perkara yang ingin saya gariskan. Pertama, hendaklah kita mengulangkaji bacaan selawat kita dan menyemaknya bagi memastikan ia bertepatan dengan apa yang diajar oleh Rasulullah dalam hadis baginda yang sahih. Apa yang dipelajari dan dihafal pada zaman sekolah lama dulu tidak mencukupi kerana mungkin tanpa disedari kita telah mengurangi atau menambahi sesuatu lafaz atau kalimah.

Kedua, tidak ada selawat yang lebih baik, lebih utama dan lebih bernilai berbanding apa yang diajar oleh Rasulullah. Baginda merupakan penjelas al-Qur’an dan baginda telah menjelaskan apa yang diperintahkan oleh ayat 56 surah al-Ahzab di atas. Perkara kedua ini saya gariskan kerana terdapat banyak selawat lain yang dibuat-buat oleh manusia, di mana mereka mendakwa ia adalah lebih baik.

Di antaranya ialah Selawat Munjiyat, Selawat Syifa’ dan Selawat Nur. Mereka membuat selawat-selawat atas dakwaan ingin membuktikan kecintaan yang lebih kepada Rasulullah. Ini adalah tujuan yang betul tetapi dengan cara yang salah. Bukti mencintai seseorang ialah melakukan apa yang disukai oleh orang yang dicintai, bukan apa yang disukai oleh orang yang mencintai. Yang terakhir hanyalah bukti bahawa orang itu mencintai dirinya sendiri dan bukan orang yang dia dakwa dicintainya.

Ada juga yang mendakwa selawat-selawat tersebut memiliki kemujaraban tertentu. Selawat Syifa’ umpamanya, didakwa boleh menyembuhkan penyakit. Padahal apa yang diajar oleh Rasulullah ketika sakit ialah berdoa kepada Allah, jumpa doktor untuk berubat dan bersabar, bukan berselawat kepada baginda kerana baginda tidak mempunyai kuasa untuk menyembuhkan. Oleh itu ketepikanlah pelbagai selawat buatan manusia dan ayuh kita kembali kepada selawat yang diajar oleh Rasulullah sahaja.



Anjuran Berselawat.

Sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah dengan ikhlas dan betul akan menerima ganjaran yang besar. Maksud ikhlas ialah berselawat semata-mata kerana melaksanakan firman Allah dalam ayat 56 surah al-Ahzab dan bukan kerana sesuatu hajat umpama sembuh dari penyakit. Maksud betul ialah berselawat sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah, tanpa tambahan umpama “Saidina” atau dengan selawat buatan manusia.

Antara ganjaran yang bakal diterima ialah sebagaimana sabda baginda: “Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [Shahih Muslim, no: 577] Dalam hadis lain: “Sesiapa dari kalangan umatku yang berselawat kepadaku dengan ikhlas dari dalam hatinya, maka dengan (selawat itu) Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali, mengangkat baginya sepuluh darjat, mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan baginya sepuluh keburukan.” [Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1659]

Sekali pun Rasulullah sudah meninggal dunia, ucapan selawat daripada orang yang hidup tetap akan disampaikan kepada baginda. Rasulullah bersabda: “Di mana jua kalian berada, berselawatlah kepadaku kerana sesungguhnya selawat kalian sampai kepadaku.” [Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1665] Pada ketika yang lain baginda mengingatkan: “Tidaklah seseorang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah mengembalikan ruhku sehingga aku menjawab salamnya.” [Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1666] Kedua-dua hadis ini juga menunjukkan bahawa kita tidak perlu “kirim salam” kepada Rasulullah melalui saudara-mara atau rakan-rakan yang akan pergi menunaikan haji atau umrah.

Jika orang yang berselawat mendapat ganjaran yang besar, maka orang yang enggan berselawat akan mendapat balasan yang sebaliknya. Rasulullah mengingatkan: “Orang yang kedekut ialah sesiapa yang apabila aku disebut di sisinya, dia tidak berselawat ke atasku.” [Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1683] Baginda juga pernah bersabda: “Alangkah hinanya orang yang aku disebut di sisinya lalu dia tidak berselawat ke atasku.” [Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1680]

Oleh itu apabila kita mendengar atau membaca “Nabi” atau “Rasulullah”, hendaklah kita segera berselawat kepada baginda. Ucapan selawat yang ringkas ialah “shallallahu ‘alaihi wasallam” sementara yang panjang lagi terbaik ialah sebagaimana dalam bacaan tasyahud. Hendaklah kita melazimkan diri agar tidak lupa kerana sesiapa yang lupa atau mengabaikannya “…maka dia akan disimpangkan dari jalan ke syurga” [Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1681]

0 comments:

Hanya Sampingan..^_^

:::Andai Bertemu dan Berpisah Kerana Allah:::

Ulama Pewaris Nabi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More